Berita pemergian seorang guru agama berasal dari Singapura yang heboh diperkatakan baru-baru ini turut memberi kesan kepada pelakon Datuk Jalaluddin Hassan kerana kebetulan mereka memiliki nama sama.
Ia menjadi sebutan netizen apabila ada portal memuat naik semula berita mengenai pemergian pendakwah tersebut, namun mengelirukan pembaca apabila menggunakan gambar Jalaluddin dalam laporan berkenaan. Mengulas mengenai perkara itu, Jalaluddin, 69, mengakui terkejut apabila berita itu dikongsi semula sedangkan ustaz berkenaan meninggal dunia pada tahun 2021. "Secara umum orang di Malaysia tahu nama Jalaluddin Hassan itu merupakan seorang selebriti. Jadi apabila keluar berita sebegitu keadaan jadi kelam-kabut. Saya juga pelik kerana dapat tahu Ustaz Jalaluddin Hassan dari Singapura itu telah meninggal dunia tahun 2021. Kenapa sekarang diperkatakan lagi?
"Apabila ramai yang keliru dan ada yang tidak membaca penuh berita tersebut mereka terus menangis. Banyak panggilan yang saya terima untuk dapatkan kepastian. Apa yang menakutkan adalah apabila saya tidak dapat menjawab panggilan dan mereka ingatkan berita tersebut betul. "Bukan saya sahaja, malah keluarga juga banyak terima panggilan. Jadi berita begini boleh ganggu ketenteraman saya, keluarga dan peminat," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.
|
Burong_Hantuk: ingat lagi 2nd wife dia dulu s ...
ADVERTISEMENT