Selepas bercerai dengan Shakila Khoriri, Fizi Ali dah move on dan sekarang bersedia untuk kahwin lagi. "Selepas bercerai, saya meratapi nasib sendiri sebab apa yang saya rancang untuk masa depan tidak menjadi. Saya rasa dunia sangat gelap. Kemudian ambil masa berfikir dan kembali bangkit.
"Saya sudah tidak takut dilambung ombak. Kalau kembali bertemu jodoh saya terima," katanya kepada mStar. Fizi kata dia kini sedang berkasih dengan wanita dikenali sebagai Tiz. Menurutnya hubungannya dengan usahawan tersebut menjadi akrab selepas bersama-sama menguruskan perniagaan menjual pakaian.
"Dia adalah wanita yang paling rapat dengan saya sekarang. Kami pun sekarang banyak bercakap soal perniagaan sebab saya baru sahaja nak mula. Dia pula sebelum ini memang sudah ada perniagaan lain. "Tentang perkahwinan, saya hanya follow the flow. Usia semakin meningkat dan saya tiada masalah nak kahwin tahun ini. "Apa yang penting ialah restu ibu bapa. Jika mereka terima, saya okey sahaja," jelasnya.
Dalam masa yang sama Fizi bersyukur kerana wanita itu menerima baik statusnya sebagai duda anak seorang. "Tiz dah jumpa anak saya. Mereka mudah mesra dan boleh terima antara satu sama lain. "Orang ramai yang DM (direct messege) untuk kami segera berkahwin. Setiap kata-kata itu adalah doa dan saya ucapkan terima kasih."
Fizi sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018 namun mengumumkan penceraian pada Disember 2021. Mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Nur Ameena Sofia berusia tiga tahun. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|