Hasil kerja keras sejak menonjolkan diri dan memanfaatkan media sosial, Khairulaming bukan sahaja meraih jutaan peminat, malah turut membuktikan kemampuannya sebagai usahawan. Terbaharu, personaliti media sosial itu berkongsi berita gembira bahawa produk Sambal Nyet keluarannya telah mencatatkan hasil jualan luar biasa selepas dua tahun ia dilancarkan.
"Hari ni genap dua tahun kita menjual Sambal Nyet Berapi dan saya gembira nak kongsi dengan anda yang jumlah keseluruhan jualan kita telah mencecah sebanyak RM21.5 juta bersamaan dengan jualan sebanyak 1.5 juta botol sambal. "Pada tahun pertama, jualan kita adalah sebanyak RM7.5 juta dan tahun kedua meningkat ke RM14 juta, jadi jumlah keseluruhan dua tahun adalah sebanyak RM21.5 juta," ujarnya. Kejayaan produk makanan itu bukan sahaja dizahirkan menerusi angka jualan, malah ia turut mendapat pengiktirafan istimewa biarpun baru setahun jagung berada di pasaran.
|
Burong_Hantuk replied at 15-2-2023 06:59 AM
aku belum pernah try beli sambal nyet ni...betul2 sedap ke
ayukpingu replied at 15-2-2023 08:08 AM
sambal dia seriously memang sedap.
aku orang yang rajin mencuba apa2 sambal yang ada kat malaysia n ...
vanillaninja replied at 15-2-2023 08:25 AM
Sambal yang heols jual ni memang sambal yang kita dapat kalau makan ayam penyet tu ke? Ke ada bili ...
ADVERTISEMENT