CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Arwah Agak 'Burn' - Kumpulan Supernatural Indonesia ‘Berkomunikasi’ Dengan Penumpang MH370

15-2-2023 09:47 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2569| Komen: 17

Hampir sembilan tahun kehilangan MH370 hilang terus menjadi misteri.

Terbaru, muncul tiga individu menggelarkan diri mereka pakar supernatural, mencetus pelbagai reaksi apabila mendakwa 'berkomunikasi' dengan salah seorang penumpang pesawat tersebut.



Gambar hiasan

Dalam video tular berkenaan, lelaki dan dua wanita itu dipercayai warga Indonesia berdasarkan bahasa digunakan.

Lelaki berkenaan mendakwa dia mendapat 'isyarat' mengenai pesawat MH370, lapor mStar.

Malah, dia mendakwa dua rakannya itu boleh  'berhubung' dengan penumpang pesawat berkenaan.


"Kita bertemu dengan arwah yang agak 'burn' (rentung), jadi hitam.

"Kami belum tahu itu arwah dari MH370 atau bukan, kami perlu memastikan dulu mungkin arwah yang lain dalam radar," katanya, yang menyebut penumpang itu sebagai 'arwah'.

Mereka kemudian memohon maaf berkongsi maklumat sensitif itu kerana ia mengaitkan nyawa banyak keluarga dan banyak orang yang ditinggalkan.

"Kami hanya berusaha menceritakan apa yang kami lihat dari kaca mata supernatural kami," jelasnya.



Bagaimanapun, rata-rata netizen Malaysia beranggapan kumpulan itu mengeluarkan kenyataan mengarut. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 15-2-2023 11:26 AM
kesian pada waris2 arwah MH370 tu...apa la yindon nih
Quote hyie 15-2-2023 12:51 PM
diorang ni konsep citer Manifest kat Netflix tu haa
Quote supernaturalee 15-2-2023 01:03 PM
Bagaimanapun, rata-rata netizen Malaysia beranggapan kumpulan itu mengeluarkan kenyataan mengarut.


dah tau still gigih bkk thread kan

Quote Suchi 15-2-2023 01:14 PM
Bakalan kuar kat netflix maybe bulan mac ni kot C3BC4F71-F076-4894-9FE9-71FAFD2EB632.jpeg
Quote nad014 15-2-2023 02:22 PM
sebut huruf H , bunyi ha suka hati dia
Quote duri_durians 15-2-2023 02:58 PM
tiba2 muncul semula mcm cite manifest jap lagi. tak mustahil pun kalau Allah swt izinkan.
Quote Suchi 15-2-2023 04:00 PM
Edited by Suchi at 15-2-2023 04:10 PM
duri_durians replied at 15-2-2023 02:58 PM
tiba2 muncul semula mcm cite manifest jap lagi. tak mustahil pun kalau Allah swt izinkan.


Kalau ikut kata salah sorang adik mangsa tu semua mangsa dah meninggal.Katanya berakhir di lautan hindi dan takde disorok/simpan kat mana2.
Dia sendiri pun sebut kakak dia tu sebagai “arwah”
Dr clue dia mcm semua waris dah tau apa yg jadi tapi dorang takleh bukak mulut.
Iols nk cite lelebih pun takut, sbb tu masa kecoh2 konon ade kat diego garcia tu waris mangsa marah2 sbb dorang dh tau apa terjadi.
Tapi dorang takleh cerita lelebih , katanya melihat syarat2 sblm ambil pampasan seolah2 mulut dorang akan ditutup rapat.
Quote duri_durians 15-2-2023 04:08 PM
Suchi replied at 15-2-2023 04:00 PM
Kalau ikut kata salah sorang adik mangsa tu semua mangsa dah meninggal.
Dia sendiri pun sebut kaka ...

ok yg tu tak tahu pulak.'kenapa pula nk kna ttup mulut utk dapatkan pampasan.
macam cenderung ke teori sengaja ditenggelamkan?
Quote batmana 15-2-2023 04:13 PM
Bagi koordinat GPS ajala.
Sibuk nak claim cmni
Quote Adrif 15-2-2023 04:57 PM
tak sensitif langsung. demi meraih perhatian  
Quote namieamuro 15-2-2023 05:03 PM
dah2 ler nk buat chite mcm ni. tak sensitip ke dgn waris2 mangse yg masih hidup tu. yg hilang suami, mak, anak tu sume tak pikir ke perasaan dorg?

tah 'setan' mane claimed burn bagai tu. dasar btl sedara piska ni nk raih perhatian org. org dh move on lame, ko terhegeh2 buat kisah mistik dongeng ko
Quote namieamuro 15-2-2023 05:06 PM
Suchi replied at 15-2-2023 04:00 PM
Kalau ikut kata salah sorang adik mangsa tu semua mangsa dah meninggal.Katanya berakhir di lautan  ...

okey la kalau dh masing2 akhirnye dpt jln cerite dipengakhiran mangsa. dr tertanye2 ape jd. yg penting mereka tau. wpn kite org luar nk sgt tau ape jadi.
Quote Suchi 16-2-2023 08:35 PM
duri_durians replied at 15-2-2023 04:08 PM
ok yg tu tak tahu pulak.'kenapa pula nk kna ttup mulut utk dapatkan pampasan.
macam cenderung ke t ...

Huhu.. katanya tak terlawan kita dek kuasa besar dunia
Quote Suchi 16-2-2023 08:36 PM
namieamuro replied at 15-2-2023 05:06 PM
okey la kalau dh masing2 akhirnye dpt jln cerite dipengakhiran mangsa. dr tertanye2 ape jd. yg pen ...

Tak pastilah semua tahu tp rasanya maybe mmg tahu kalau perasan selama ni waris2 semua diam je, org lain je sibuk nk pemes duk cite gitu gini kat youtube la bagai sedangkan waris diam seribu bahasa.
Quote otai_g 16-2-2023 08:40 PM
Oi bodo nabi pun x blh nak berhubung dgn org da Mati inikan plk indon brengset. Apa kamu lbh mulia Dr nabi?
Quote becir 16-2-2023 08:45 PM
Dah 9 tahun obviously semua dah meninggal..that's the sad truth
Quote caca_eric 17-2-2023 02:41 AM
Suchi replied at 16-2-2023 08:36 PM
Tak pastilah semua tahu tp rasanya maybe mmg tahu kalau perasan selama ni waris2 semua diam je, or ...

Teringin nk tau kaitan US China Msia ni ..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.035926 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top