CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dihalang Masuk, Wanita Ditengking Kakitangan Hospital Sebab Berseluar Pendek

15-2-2023 09:11 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1674| Komen: 9

Sebelum ini, kita dihebohkan dengan berita seorang wanita dihalang membuat laporan di balai polis kerana tidak mengikut etika pakaian.

Terbaru, Getaran melaporkan timbul pula kejadian sama membabitkan seorang individu berseluar pendek yang dihalang mendapatkan perkhidmatan di Hospital Kampar, Perak.


Menurut laporan akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau, rakan wanita berusia 21 tahun itu mendakwa dia dihalang masuk kakitangan hospital berkenaan ketika dibawa ke jabatan kecemasan susulan sakit perut teruk.


Gambar hiasan/Blog Saya Doktor

Individu dikenali Damian Chen mendakwa dia dan teman lelaki wanita terbabit membawanya ke bilik kecemasan Hospital Kampar, sebelum dihalang seorang pembantu perubatan.

Katanya, selesai mengisi maklumat diri di kaunter pendaftaran, seorang pembantu perubatan didakwa menyuruhnya menukar seluar panjang kerana adalah ‘tidak sopan’ untuk berpakaian seluar pendek.


Bagaimanapun, mereka dimarahi kakitangan terbabit dengan kasar apabila lelaki itu tidak bersetuju dengan permintaan tersebut.

Mereka bertiga yang baru datang dari bermain badminton dimaklumkan ia adalah peraturan hospital.

Susulan halangan itu, mereka memandu pulang ke asrama universiti dan kembali ke hospital berkenaan dengan berseluar panjang sebelum diberi rawatan.

Wanita berkenaan dan teman lelakinya kemudian mengambil nama pembantu perubatan tersebut sebelum membuat aduan dengan menghantar emel ke hospital berkenaan.

Exco Perak, A Sivanesan mengesahkan insiden tular itu semalam dan berkata kejadian berlaku Ahad lalu pada jam 11 malam.

Menerusi kenyataannya yang dipetik daripada New Straits Times (NST), pihakya akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada kedua-dua pihak terlibat.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya tahu pakaian yang sesuai untuk pergi ke tempat tertentu. Tetapi untuk kes kecemasan, tidak kira pakaian apa yang orang pakai, janganlah marah,” katanya.

Awal bulan ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani yang mengulas insiden seorang wanita dihalang masuk ke balai polis Kajang, Selangor untuk membuat laporan berhubung kemalangan berkata, balai polis dianggap sebagai pejabat kerajaan dan perlu mengikut pekeliling rasmi yang menetapkan kod pakaian di agensi awam itu.

Bagaimanapun, tambahnya, ketua balai polis juga boleh menggunakan budi bicara mereka ketika berdepan kes kecemasan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pinkpunk 15-2-2023 09:27 AM
bglah selimut suh dia lilit nk masuk sana..
Quote Radzor 15-2-2023 09:38 AM
Pi la sunway medical center
Quote Highflyer19 15-2-2023 09:41 AM
Masih tak paham2 saja nak probok lps tu play victim…hanya memperlihatkan kebodohan sendiri
Quote nononcrux 15-2-2023 11:52 AM
Highflyer19 replied at 15-2-2023 09:41 AM
Masih tak paham2 saja nak probok lps tu play victim…hanya memperlihatkan kebodohan sendiri

supaya etika pemakaian dpt dilonggarkan.. eleh lebih lebih la lu olang
Quote Burong_Hantuk 15-2-2023 12:06 PM
bnyk sgt komplen...phuiii
Quote TomyamPuteh 15-2-2023 12:15 PM
Kencing tak basuh.
Quote ifanonline 15-2-2023 12:17 PM
wanita2 sebegini kalau pakai seluar pendek memang sangat chunky...menyampah kadang2 tengok wanita pakai seksi-seksi apabila bersukan...sengaja nak provoke ye?
Quote Innrukia 15-2-2023 12:23 PM
amoi2 ni seluar pendek sampai celah paha pendeknya..
kokesen pujaan depa pun takde pakai pendek mcm tu

satgi mai la penjilat depa justify mcm2
Quote card_reader 15-2-2023 12:26 PM
Innrukia replied at 15-2-2023 12:23 PM
amoi2 ni seluar pendek sampai celah paha pendeknya..
kokesen pujaan depa pun takde pakai pendek mcm  ...

beranak pinak kat malaysia pon xtau etika pemakaian....

bangsa claim tertindas, muka x mandi pon nak mai opis...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.041487 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top