Pasangan suami isteri, Dominika dan Vince Clarke dikurniakan anak kembar lima yang baru lahir di Hospital Universiti Krakow di Poland, pada petang Ahad lalu. Pasangan itu sudah mempunyai tujuh anak berusia 12 tahun, 10 tahun, kembar berusia tujuh tahun, kembar berusia empat tahun dan seorang bayi 10 bulan.
Ini menjadikan mereka mempunyai seramai 11 anak, termasuk lima bayi kembar yang baru lahir. Dominika bersalin secara pembedahan pada usia kandungan tujuh bulan. Kesemua bayi yang baru lahir itu diberi nama Charles Patrick, Henry James, Elizabeth May, Evangeline Rose dan Arianna Daisy. Vince merupakan warga Britain, manakala Dominika dari Poland. Pasangan itu yang mengusakan perniagaan, bertemu semasa Dominika bekerja di UK. Mereka kemudian berpindah ke Poland enam tahun lalu dan membina sebuah rumah di dalam hutan. -CARI
Sumber: mStar/ Metro UK
|
ADVERTISEMENT