Datuk Seri Nazri Aziz tidak akan menolak sekiranya dibayar gaji sebagai Duta Besar ke Amerika Syarikat. Bekas Ahli Parlimen Padang Rengas itu sebelum ini berkata, beliau sanggup menerima dan memikul tugas itu walaupun Kerajaan Perpaduan tidak membayar gajinya.
"Saya terima jawatan ini bukan kerana duit. Macam (bekas) duta-duta yang kata rugilah calon-calon lain tak dapat duit. Mungkin gaji tinggi agaknya. Saya pun macam perdana menteri juga saya tak perlu gaji ini. Saya adalah duit sikit. "Saya tak perlu kepada gaji. Mungkin juga sebab difikirkan saya ada tugas tertentu yang boleh saya berikan, itu sebab mereka putuskan (lantik saya). "Tapi kalau (kerajaan) nak bagi (gaji) kita ambil, saya bukan lagi ahli politik, wang bukan matlamat," katanya kepada Utusan Malaysia. Bukan kerana gaji, namun dia menerima lantikan itu kerana mahu tanggungjawab dan merasakan masih boleh memberi sumbangan kepada kerajaan untuk dua atau tiga tahun lagi.
Sebelum ini, pengumuman Kementerian Luar Negeri berkenaan isu pelantikan Nazri sebagai duta Malaysia ke AS mendapat kritikan ramai. Malah, sesetengah pemimpin berpandangan jawatan duta perlu dikhaskan kepada diplomat yang mahir dalam hal ehwal antarabangsa. - CARI
|
ADVERTISEMENT