CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Apa Nasib Guru Ajak Pelajar Peluk Islam Kalau Nak Masuk Pasukan Bola Sepak Kebangsaan?

15-2-2023 08:47 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 340| Komen: 0

Siasatan kes seorang guru menggalakkan pelajar memeluk Islam jika mahu berpeluang besar menyertai pasukan bola sepak kebangsaan kini di peringat akhir.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata kepada Malaysiakini, pihaknya akan mengambil langkah sewajarnya selepas ini.


"Siasatan untuk kes ini telah sampai ke peringkat akhir. Dijangka lusa kertas siasatan akan diedarkan untuk rujukan kepada timbalan pendakwa raya," katanya semalam.



Polis juga akan menunggu arahan lanjut daripada Jabatan Peguam Negara.

Terdahulu, guru di sebuah sekolah di Kuala Lumpur terbabit didakwa membuat ajakan tersebut dengan alasan ia akan meningkatkan peluang pelajar berkenaan untuk menjadi pemain bola sepak kebangsaan.

Sementara itu, ibu pelajar terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Vasan mendakwa rakan anaknya juga memaklumkan hanya orang Islam dibenarkan memasuki stadium di negara ini.


Sehubungan itu, ibu bapa pelajar berkenaan membuat laporan polis dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan suasana tidak harmoni atas alasan-alasan agama dan awam serta Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada awam. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.025625 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top