CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penat Cikgu Perah Otak Buat Set Soalan, Murid Selamba Ikut TikTok Jawab "Kamu Nanya???"

15-2-2023 08:22 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2052| Komen: 28

Seorang guru meluahkan rasa kecewa apabila menerima kertas soalan peperiksaan yang dijawab murid dengan jawapan salah.

Lebih menyakitkan hati, tiga soalan dalam tulisan jawi itu dijawab dengan ayat "kamu nanya??? berulang kali.



Jawapan yang ditulis murid itu meraih perhatian netizen di Twitter. (Gambar Hiasan)

Difahamkan, ayat berkenaan merupakan slanga popular di TikTok.

Guru mana tidak marah, sedih dan kecewa apabila penat lelahnya mengajar bagai sia-sia apabila melihat jawapan berkenaan.

"Buat set soalan bukan senang ya anak-anakku.

"Bukan mengeluh sebab tu memang tugas guru. Tapi di mana letaknya tanggungjawab awak sebagai pelajar?" ciapnya dipetik mStar.



Netizen yang melihat sikap murid berkenaan juga kecewa, malah ada yang menyifatkannya sebagai perbuatan biadab terhadap guru. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 15-2-2023 08:55 AM
cikgu aku ajar, kalau tak tau jawab, jangan biar kosong

exam bahasa arab, aku nganga pandang lampu terbayang masa depan gelap sebab nanti tak reti jawab bahasa arab

pastu cikgu ronda sebelah, suruh salin soalan kat bahagian jawapan

tengok budak2 belajar bahasa arab senang je
aku sampai ke sudah dapat G
Quote plywood 15-2-2023 09:07 AM
biasa ler budak-budak ada sahaja yang lain dari yang lain.

cobalah betulkan, kalau tak boleh juga maka masalah datang dari tempat lain spt persekitaran keluarga, kawan-kawan atau lain2 itu kena perbetulkan.

kalau tak boleh juga maka keluar sekolah kekal jadi mcm tu lah.. tak boleh buat kerja kerana asyik nak berhibur

dalam masyarakat pun tak semua akan jadi baik, menurut peraturan, ada adab etc ... ada yang teruk juga kan..
Quote mizruncing 15-2-2023 09:34 AM
melampau budak2 jawab mcm ni
Quote KamikuP 15-2-2023 09:35 AM
Kamu nanya?

Kamu bertanya-tanya?

Moga budak yg jwb soklan tu tak jadi mat rempit tegar
Quote noor2 15-2-2023 09:36 AM
Kurang ajar....
Quote Themilo 15-2-2023 10:32 AM
aku pun penat dengan ayat tu. Anak buah aku umur 10 tahun pun asik jawab macam tu. rasa nak bagi pelempang je.
Quote cikatilia 15-2-2023 10:35 AM
KamikuP: Kamu nanya?Kamu bertanya-tanya?Moga budak yg jwb soklan tu tak jadi mat rempit tegar

skang xrempit dah
ujung2 tiba2 menarik2 lembut dekat tiktok (utk lelaki) xpon berlakon jadi perempuan etc
Quote Samerosie 15-2-2023 10:36 AM
Sangat biadap.  Menimba Ilmu mcm tu pun  boleh dibuat main2 patutlah bila besar jadi alitammengkarungmakangaram.
Quote damsel_fiji 15-2-2023 10:41 AM
apa 2 trend sampah dari seberang mmg wajib ummah follow kan..
mende2 yg baik x nak pulak ikut
Quote annehuda 15-2-2023 10:43 AM
sebab kekadang cikgu2 lain main tiktok nak ikut trend semasa, bila anak murid tengok diorg pun naik lemak la. walaupun bukan anak murid dia, tapi sebab benda tu dah tontonan satu malaysia, jadi anak murid cikgu lain pun ingat oh bleh la nak meloyar buruk. sebab tu patutnye digesa cikgu2 jgn nak merakam apa-apa content dalam kelas, sebab benda tu buat orang hilang hormat pada profesion guru
Quote Burong_Hantuk 15-2-2023 11:06 AM
budak2 makin kurang ajar..dgn cikgu pun dorang x berapa nk respect
Quote makita 15-2-2023 11:40 AM
Biasalah bdk2 dia belum reti nak tahu apa benda yg patut dan tak patut dibuat. Tapi dah di exposed pd dunia luar (tiktok) wpon duduk di rumah sahaja.

Mcm dulu2 msa meols kecik ada lah pembantu kedai ni dia punya bangga citer yg msa spm dia buat cincai2 je kecuali subjek pendidikan seni. Cara dia ckp tu mcm bangga konon dah sabotaj the sistem gitu. Meols msa tu rasa mcm tak tahu nak kagum ke atau nak ckp 'ok patut la u keje kat sini merantau dari kg cari duit utk family' . Sbb muka dia mmg mcm bangga gila
Quote Tinot7 15-2-2023 12:01 PM
makita replied at 15-2-2023 11:40 AM
Biasalah bdk2 dia belum reti nak tahu apa benda yg patut dan tak patut dibuat. Tapi dah di exposed p ...

Mungkin dia nak blagak yg walopon dia cincai2 tapi tetap lepaih spm dia?
Quote Tinot7 15-2-2023 12:01 PM
Masa jaman mak iols, ada stodeng bubuh duit sbb mintak luluskan, ada yg mohon mahap sbb taktau jawapan.. ada yg merayu mintak lulus.. giteww..
Quote tripleid 15-2-2023 12:03 PM
agenda pembodohan ummah oleh tiktok nmpaknya makin berjaya

say NO to tiktok!!!
Quote pekanwoohoo 15-2-2023 12:17 PM
tripleid replied at 15-2-2023 12:03 PM
agenda pembodohan ummah oleh tiktok nmpaknya makin berjaya

say NO to tiktok!!!

Apa yang nak dibodohkan lagi kalau dah tersedia bodoh dari mula?
Quote tripleid 15-2-2023 12:20 PM
pekanwoohoo replied at 15-2-2023 12:17 PM
Apa yang nak dibodohkan lagi kalau dah tersedia bodoh dari mula?

App bodoh utk ummah bodoh.Selayaknyalah...
Quote SWORKS27 15-2-2023 12:37 PM
tik tok kamu nanya ni dri seberang ka?
Quote Suchi 15-2-2023 01:21 PM
Apa maksud ayat tuh?
Sori iols tak main tiktok yaaa

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.032250 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top