CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Si*l Kau Kan, Pagi-pagi Buat Hal' - Pemandu Bas Cuak Penumpang Muncul Dalam Kamera, Hilang Sekelip Mata

14-2-2023 07:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3620| Komen: 44

Tular klip video di media sosial Singapura memaparkan detik menyeramkan seorang pemandu bas.

Ia berikutan paparan rakaman kamera keselamatan pengangkutan awam itu menunjukkan penumpang yang sebenarnya tidak wujud.


Memetik Coconuts, rakaman itu dimuat naik menerusi laman TikTok paranormal tempatan Supernatural Confessions.


TikTOk Supernatural Confessions

Difahamkan, insiden menyeramkan itu berlaku 10 Februari lalu ketika pemandu menamatkan syif kerja pada waktu awal pagi.

Menerusi video itu, seorang pemandu bas melihat seorang penumpang duduk di aras atas bas dua tingkat itu dan dmbarnya dapat dilihat pada skrin tempat duduk pemandu.

Bagaimanapun sebelum itu, tiada seorang pun penumpang berada di dalam bas.

“Pemandu membuat keputusan untuk memeriksa keadaan bas. Apa yang mengejutkan adalah tiada sesiapa pun di situ (kerusi yang menunjukkan imej penumpang),” demikian menurut keterangan video tersebut.


Berikutan itu, pemandu berkenaan kemudian didengari memarahi entiti yang mengganggunya dan menegaskan bahawa dia hanya bekerja. 



Video tular itu menerima pelbagai reaksi dan komen berbeza pendapat mengenai kejadian paranormal tersebut. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Imkhai 14-2-2023 08:14 PM
Nk ajar entiti mcm ni la walaupon kita takut tp kita acah2 je berani maki hamun je entiti tu
Quote Kitty_catz 14-2-2023 08:15 PM
sebab drebar kuat mencarut

acer beristigfar sebut nama Allah, harus anto pun tak berani
Quote Tinot7 14-2-2023 08:18 PM
Skerii... cer pasang ayat quran ka..
Quote caca_eric 14-2-2023 08:35 PM
Dlm komen kata camera hang
Quote SalenaGomez 14-2-2023 08:50 PM
Abis laaa lepas ni org x mo naik bas tu dah …abis rugi company
Quote sukacactus 14-2-2023 08:54 PM
Boleh dengar dari getar suara driver ni mmg dia ketakutan
Quote naina 14-2-2023 09:44 PM
Huhu kira berani la tu ulang tengok lepastu pergi cek plakkk..walaupun dalam keadaan mencarut.
Quote habisnamadahni 14-2-2023 09:46 PM
sbb naik free tu yg driver marah..cuba byr..mesti x kena marah
Quote pooh~key 14-2-2023 09:49 PM
Kalau hantu tu rupa macam enrique iglesias bailamos bailamos akak okeh jah sissy.
Quote Supersirap 14-2-2023 09:56 PM
Buat pasal je pagi-pagi buta ni
Quote gideoncross 14-2-2023 11:41 PM
pooh~key replied at 14-2-2023 09:49 PM
Kalau hantu tu rupa macam enrique iglesias bailamos bailamos akak okeh jah sissy.

Kmain lgi uol haha.
Quote Nana_Man 15-2-2023 06:42 AM
Hahahahaha!!!!! Hantu kene maki.
Tapi kisah2 gini memang real lah. Lagi2 kalau bus tu lalu daerah kubur,jalan yg “keras”.
Quote ina_na 15-2-2023 07:16 AM
Dah dekat nak Ramadan kan mmg banyak keluar menyakat...Lg dekat nk Ramadan lg kuat menyakat..blm lg citer dr staff tol...
Quote makton 15-2-2023 07:30 AM
jarang2 ada hantu lelaki
Quote sangbara2020 15-2-2023 07:40 AM
hantu lelaki ke...aku ingatkan retis yg kelubung tu merajuk lakinya xwish bday..
wish pun lmbt sgt..
haaa gittew aku bersangka buruk
Quote Buritan 15-2-2023 07:57 AM
pooh~key: Kalau hantu tu rupa macam enri ...


Pas tu suh bogel.... hohohoho
Quote supernaturalee 15-2-2023 08:04 AM
entah2 rkmn cctv hr sebelumnya



Quote pooh~key 15-2-2023 08:06 AM
Buritan replied at 15-2-2023 07:57 AM
Pas tu suh bogel.... hohohoho

Hikhikhikhik nice idea sister burit.
Quote dua_chzy 15-2-2023 08:12 AM
Imkhai replied at 14-2-2023 12:14 PM
Nk ajar entiti mcm ni la walaupon kita takut tp kita acah2 je berani maki hamun je entiti tu

Betul. Berkesan.

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.048034 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top