CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Janda Miskin Menyamar Sami Dipenjara 12 Bulan

14-2-2023 05:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 919| Komen: 4


Mahkamah Majistret Seremban hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan terhadap tukang cuci restoran kerana mengaku sebagai ‘Sami Tuhan Kalima’ dan memperdaya seorang pesara sehingga kerugian RM8,750, tahun lalu.


Mahkamah membuat keputusan itu sebaik A.N Hemavathy, 29, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam.


A.N HEMAVATHY (kanan) dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini bagi didakwa atas pertuduhan memperdayakan seorang pesara dengan mengaku sebagai 'Sami Tuhan Kalima' melibatkan kerugian RM8,750, tahun lalu. - UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP.

Mengikut pertuduhan, tertuduh memperdaya warga emas berusia 74 tahun dengan curang mendorongnya membuat pembayaran sebanyak RM8,750 ke dalam akaun bank milik tertuduh dengan mengaku diri sebagai Sami Tuhan Kalima, di mana tertuduh mengetahui ia tidak benar.


Kesalahan itu dilakukan di Terminal One Seremban antara 26 Oktober 2022 hingga 22 Disember 2022.

Bagi kesalahn itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pada Februari 2022 mangsa seorang pesara telah menerima panggilan telefon dari tertuduh yang memperkenalkan namanya sebagai ‘Sami Tuhan Kalima’ dan penganut kepercayaan itu sejak 30 tahun lalu.

Mangsa memaklumkan mengetahui tertuduh banyak membuat sumbangan derma wang kepada kuil-kuil kalima disebabkan sumbangan itu boleh mendapat pahala, lapor Utusan Malaysia.

Tertuduh turut memaklumkan membawa satu pesanan dari Tuhan Kalima iaitu menambah kekayaan kepadanya sebelum mangsa mengikut arahan tertuduh dengan membuat pembayaran secara tunai dan pindahan wang serta diperdayakan secara bersemuka sebagai sami yang dapat memberikan kekayaan dan kesejahteraan kepada mangsa.

Terdahulu, peguam P.A Krishnaveni yang mewakili tertuduh memohon hukuman secara denda kerana mengambil kira keadaan mangsa yang merupakan seorang janda dan daripada keluarga miskin.

“Dalam kes ini, mangsa merupakan kenalan lama tertuduh dan tiada paksaan untuk berbuat demikian (memasukkan wang) selain dia sudah insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Muhaimin Mohd. Azman bagaimanapun memohon hukuman setimpal kerana mengambil kira cara tertuduh memperdaya mangsa sebagai seorang sami. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 14-2-2023 09:28 PM
Ohhh.. kat seremban.. ingatkan janda miskin scammer pahang temerloh kuantan
Quote Belibis 14-2-2023 10:08 PM
green~tea: Ohhh.. kat seremban.. ingatkan ...

Lama betul dendamnya..ha ha
Quote green~tea 14-2-2023 10:25 PM
Belibis replied at 14-2-2023 10:08 PM
Lama betul dendamnya..ha ha

Anjing2 dia masih ada menyalak tp tak berani quote nama aku merata thread

Aku hembus je sekali sekala dengan anjing2 tunggangan tu biar baca
Quote gigahertz 14-2-2023 10:56 PM
Kesianya. Untung kita yg muslim ni ada pusat zakat & baitumal

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.050241 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top