CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Puteri Sarah Dibenar Mulakan Prosiding Hina Mahkamah- Ira Kazar, Bapa Dan Dan Kakak Perlu Jawab Di Mahkamah!

14-2-2023 05:37 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 20692| Komen: 226|Original author: Saiful

Ira Kazar bersama-sama bapa dan kakaknya perlu menjawab kepada Mahkamah Sesyen berhubung tindakan mengingkari perintah injuksi yang dikeluarkan terhadap mereka pada Julai tahun lepas.

Harian Metro melaporkan, ia susulan keputusan mahkamah hari ini yang membenarkan permohonan Puteri Sarah (isteri pertama) untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ira atau nama sebenarnya Faghira Fatini Kazaruddin, kakaknya Yasmin dan bapanya, Kazaruddin Saisi.


Foto: IG

Perintah injuksi diperoleh Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin pada 4 Julai tahun lalu antara lainnya menghalang Ira atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengannya daripada menjejaskan ketenteraman dan kedamaian Puteri Sarah dan keluarganya serta keluarga mentuanya termasuk suaminya.

Ira juga dihalang daripada mendekati atau berada dalam jarak 500 meter daripada Puteri Sarah, keluarganya dan keluarga mentuanya, suaminya atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengannya (Puteri Sarah).




Perintah injunksi itu adalah susulan daripada tuntutan saman difailkan Puteri Sarah terhadap madunya pada Jun 2022, atas dakwaan mengganggu kedamaian rumah tangganya.

Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader ketika dihubungi pemberita, berkata, permohonan anak guamnya dibenarkan oleh Hakim Norakhmar Mohd Sani dalam prosiding yang dijalankan secara dalam talian dengan dihadiri peguam Puteri Sarah, Puteri Ummi Kartini Abd Latiff.

Akberdin menjelaskan, pihaknya perlu menyerahkan sesalinan permohonan komital berkenaan kepada Ira, Kazar dan Yasmin.



"Selepas penyampaian permohonan komital disempurnakan, mahkamah akan menetapkan tarikh bagi pihak sana menjawab permohonan kami.

"Setakat ini, mahkamah belum menetapkan tarikh lanjut."

Pada 16 Januari lalu, Puteri Sarah memfailkan permohonan cerai terhadap Syamsul di Mahkamah Syariah dengan alasan tidak dapat lagi hidup sebagai suami isteri dengan suaminya kerana tiada persefahaman di antara mereka dan berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).



Sarah juga menyatakan tekanan dan gangguan daripada pihak ketiga serta hubungan sulit Syamsul turut mendorongnya untuk memfailkan perceraian terbabit.




Pada 6 Januari lalu, Syamsul membuat pengakuan melalui video di Instagram bahawa dia sudah bernikah dengan Ira di Thailand berwalikan bapa mentuanya, Kazar. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 14-2-2023 05:42 PM
go girl...
Quote chekacheku 14-2-2023 05:45 PM
Semoga pihak yg menganiaya akan melingkup
Quote asamfish 14-2-2023 05:47 PM
you go gal!
Quote epal_putih 14-2-2023 05:47 PM
Sol oke ke tuh haha
Quote pocongkiutss 14-2-2023 05:52 PM
Cantikya anak dia si sumayyah ni
Quote MatDeghem 14-2-2023 05:54 PM
[twitter]https://twitter.com/MuhammaKadam/status/1611515740074708993?s=20&t=VULcblzhVV4ezfFwHwewDw[/twitter]



[twitter]https://twitter.com/kecikpuaka/status/1078234373478961152?s=20&t=w_xa2yiY2jw-IQlUo8b_mw[/twitter]






Quote TabletSusu 14-2-2023 05:58 PM
so sbnrnya depa dua org tu x boleh kawen lah kan? sbb perintah mahkamah tu 4 julai 2022. tp depa kawen jgk.. kenalah prosiding hina mahmakah tu.. padanlah muka.

ni pun sama perangai dgn mengkarung, suka2 hati langgar perintah mahkamah.
Quote MademoiselleZan 14-2-2023 05:59 PM
Mudah mudahan melingkup ler sol dan birahnya ….
Quote QueenIsolde 14-2-2023 06:02 PM
Moga Allah permudahkan urusan PS..melingkupla samdol dan keluarga bini barunya sbb aniaya anak bini pertama aamiin
Quote Mata.kucing 14-2-2023 06:06 PM
secepatnyer melingkupla samdol n ankberanak degawan ja at pnyer kluarge
Quote blue^panther 14-2-2023 06:12 PM
Disebabkan Sol "terbuat" video mengaku dah kahwin dah tak boleh nak konar2 tang mana lagi dah, memang sah lah terjadi kes hina mahkamah tuh....... taksia2 PSL provoke sampai dia mengaku kat public, rupa2nya nak memudah kan urusan saman menyaman dia.......hadap la kome anak beranak urusan mahkamah tuh, hebat bukan!!!
Quote awanearisu 14-2-2023 06:14 PM
Edited by awanearisu at 14-2-2023 06:16 PM

Untuk lebih jelas. Kerana soalan ini sentiasa berulang di kalangan forumer baru.

Perintah injuksi diperoleh Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin pada 4 Julai tahun lalu antara lainnya menghalang Ira atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengannya daripada menjejaskan ketenteraman dan kedamaian Puteri Sarah dan keluarganya serta keluarga mentuanya termasuk suaminya.


Ira juga dihalang daripada mendekati atau berada dalam jarak 500 meter daripada Puteri Sarah, keluarganya dan keluarga mentuanya, suaminya atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengannya (Puteri Sarah).

Quote mawarika 14-2-2023 06:22 PM
Padan muka ko ira. Melingkup la ko satu family. Sol pun sama. Aminnnnn.
Quote anilanil 14-2-2023 06:41 PM
Kesiannya buta undang2. Duit byk hire la lawyer. Padahal laki jutawan patut lagi awal bole amik lawyer akberdin.
Quote Incanto 14-2-2023 07:06 PM
anilanil replied at 14-2-2023 06:41 PM
Kesiannya buta undang2. Duit byk hire la lawyer. Padahal laki jutawan patut lagi awal bole amik lawy ...

dah tak boleh amek Akberdin
ambil Dato Zainul Rijal..power juga tu


tapi sol kena korek tabung lah
Quote Carcosa 14-2-2023 07:24 PM
Gelinya tgk muka Samdol dlm post IG dia yg kat atas tu. Posing muka mcm tercekik bijik durian
Quote Fazzbulous 14-2-2023 07:25 PM
soley korek tabung ke tuuu...kikikikiki..sian ghirah n fmly...deme bkn ada duit...
Quote bondeh 14-2-2023 07:27 PM
Nama penuh si budak Ira tuh sebutan cam "fu*k" plak. Kakak dia Yasmin muka elok sikit ada lagi sorang kakak dia muka cam pelik tang hidung kurus sangat kot nampak cam tengkorak mumia. Sorry terface shaming huhu
Quote cahaya_almas 14-2-2023 07:44 PM
Semoga dipernudahkan urusan puteri sarah

Lihat semua komen(226)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.084233 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top