CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ismail Izzani Tak Nak Hipokrit- Memang Suka Clubbing, Nafi Dah Kahwin

14-2-2023 03:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1880| Komen: 13

Ismail Izzani tampil menafikan dia sudah berkahwin diam-diam, sebaliknya sampai sekarang pun masih belum memiliki teman istimewa.

Kata Ismail, 23, buat masa ini dia mahu memberikan fokus kepada kerjaya, lebih-lebih lagi usianya masih muda untuk mendirikan rumah tangga.


Foto: IG

"Saya masih single! Saya mahu fokus kepada diri sendiri.

"Sebagai seorang manusia mestilah kita mahu mencuba ke arah itu (bercinta) namun buat masa sekarang saya tidak mencari," katanya kepada mStar.



Sementara itu, penyanyi lagu Bidadari ini juga mengakui tahun 2022 sangat mencabar buat dirinya kerana terpalit pelbagai kontroversi antaranya video berpelukan di kelab malam.

Mengulas mengenai perkara itu, Ismail berkata sebagai selebriti dia tidak boleh lari daripada isu panas, namun itu sama sekali tidak mematahkan semangatnya meneruskan karier seni.


"Saya hanya jadi diri sendiri. Saya mengaku pergi ke tempat sebegitu (kelab malam). Kadang-kadang ada sebabnya... mungkin sekadar nak berhibur dan berjumpa rakan-rakan.

"Bagaimanapun ia tidaklah memberi kesan kepada kerjaya saya. Sebab saya masih bekerja dan terus ada dalam industri ini.

"Tahun 2022 memang agak mencabar. Apa yang berlaku itu adalah diri saya sendiri dan saya cuba untuk memperbaiki," jelasnya.



Tambahnya, dia enggan bersikap hipokrit namun menerima setiap kecaman dan teguran itu dengan hati terbuka.

"Selagi saya tidak hipokrit, itu sudah bagus. Kalau orang nak kecam, saya hanya mampu lihat sahaja. Kita pun tak boleh nak puaskan hati semua orang dan buat mereka sayangkan saya.



"Kepada haters pun saya amat hargai setiap komen mereka. Saya anggap ia sebagai satu peringatan walau dengan cara yang kasar.

"Saya tahu sebagai seorang selebriti setiap kali melangkah keluar rumah sudah dikira bekerja dan ramai yang akan memerhati. Saya akan lebih berhati-hati untuk jaga diri sendiri," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 14-2-2023 03:58 PM
baru 23 ke dekk? akak ingatkan dah 30'an... rasa macam dah lama dalam industri...
Quote Burong_Hantuk 14-2-2023 04:00 PM
who are yusssss?
Quote dudaberhias 14-2-2023 04:03 PM
Sebabtu ramai cikki2 lawa dah tak suka pergi kelab malam sekarang, sebab jejan rhoper macam sid ice age macam kau je kat sana. Ulang2 joe flissos, mael, tauke jambu.

Baik pergi kelab malam satu lagi. Night safari zoo taiping. Lagi berair apam tengok binatang kat zoo tu dari korang!
Quote ashcroft86 14-2-2023 04:22 PM
Ok la tu, terus terang. Muda lg pun. Sampai masa nnt, mesti cm xnk pegi dah. Tapi ada je sampai ke tua pon xleh brenti pegi.
Quote Adrif 14-2-2023 05:50 PM
artis kat Malaysia ni, tempoh expired dalam industri, dalam 10 tahun je tau dek
kalau lebih dari tu, kira dah ok dah, walaupun waktu tu dah kira suam kuku

kau dah ler kontroversi kiri kanan, di zaman cancel culture ni. maklum ler darah muda. better ko prepare backup plan incase tak dapat jadi artis lagi

bukan ape. so far, setiap kali thread muka dia je, ke laut dalam terus integriti
artis2 senior yang jauh lagi power pun, tiba2 je lenyap

sana tu penyanyi, sana tu pelakon,
yang beratur giliran nak jadi artis pun berlambak
tu tak campur dengan indie dengan underground lagi

boleh survive ke dek? anytime ko boleh kena replace dek
food for thought
Quote doubleA 14-2-2023 05:58 PM
Pergi la, tua2 boleh tobat, tu pun kalau sempat tua la. Banyak org mati muda, termasuk retis2
Quote edoraixora 14-2-2023 06:03 PM
masalahnya mak kau bekap kau baik kononnya anak soleh
Quote slyfynx 15-2-2023 02:29 AM
"Saya hanya jadi diri sendiri. Saya mengaku pergi ke tempat sebegitu (kelab malam). Kadang-kadang ada sebabnya... mungkin sekadar nak berhibur dan berjumpa rakan-rakan.


"Bagaimanapun ia tidaklah memberi kesan kepada kerjaya saya. Sebab saya masih bekerja dan terus ada dalam industri ini


In a way nak cakap, aku jahat pun, org ttp sokong aku. Hati2 dik. Nnt kata2 makan tuan
Quote Hoola 15-2-2023 03:10 AM
takpala..pergilah xdesapalarang
nk nyah jd pnnyi pun xdesapalarang
Quote makadek 15-2-2023 03:22 AM
Adrif replied at 14-2-2023 05:50 PM
artis kat Malaysia ni, tempoh expired dalam industri, dalam 10 tahun je tau dek
kalau lebih dari tu, ...

Mcm tokti penah sendu kejap tp dia pandai attach dgn bbnu ajak duet spya relevan
La ni pn ank aku ckp dia ni siapa muka dh mcm mak2 tp terkenal.. Cantik
Quote rosedemon 15-2-2023 08:48 AM
dah la x ensem ajet2 puih
Quote aciksenah 15-2-2023 09:42 AM
Apa yang best sangat clubbing pun tak tau la...
Quote tobobon 15-2-2023 11:21 AM
Adrif replied at 14-2-2023 05:50 PM
artis kat Malaysia ni, tempoh expired dalam industri, dalam 10 tahun je tau dek
kalau lebih dari tu, ...

heols ni x mmg tak perlu backup gila2 sangat...mmg anak orang kaya kan??

SPM pun x ambik  ...apa heol kesah...

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.060667 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top