Oleh Izzah Abbasy
Penyakit 'kecewa' ini biasanya berlaku kepada sesiapa sahaja. Putus cinta, bergaduh dengan seseorang, masalah keluarga, masalah di tempat kerja, gagal peperiksaan dan sebagainya akan buatkan diri anda murung sepanjang hari. Bagaimana nak atasi rasa kecewa ini? 1) Terima kenyataan Benda dah berlaku. Takkan nak biarkan berlarutan. Anggaplah ia sebagai ketentuan dari-Nya. Jadikan ia sebagai pengajaran pada masa depan. Semua yang terjadi pasti ada hikmahnya. 2) Lupakan dengan fokus pada kehidupan Teruskan hidup anda dengan lakukan perkara yang positif seperti bersama rakan-rakan, bercuti dan sibukkan diri anda sekaligus ia akan melupakan anda dengan kekecewaan tersebut. 3) Jangan pendam Kekecewaan akan bertambah jika anda terus memendam apa yang terbuku di hati. Carilah seseorang yang mudah dipercayai untuk meluahkan rasa itu mahupun tulislah di diari. 4) Cari punca Cara ini bukanlah menambah lagi rasa kecewa itu. Namun, anda harus fikir baik dan buruk mengapa hal itu terjadi. Sekurang-kurangnya anda mampu mengatasinya. 5) Sentiasa bersikap positif Hadapilah sesuatu itu dengan tenang. Mungkin pengalaman silam mengajar anda supaya lebih memandang ke arah positif. Pasti orang di sekeliling anda akan menyenangi sikap anda. Jangan kecewa lama-lama tau. Rugi diri sendiri sahaja. Yang sudah tu, sudahlah. - CARI Infonet
|
28
Bagus |
25
Marah |
28
Terkejut |
27
Sedih |
18
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT