Wanns Ahmad baru-baru ini mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen selepas bertanya tentang cara untuk hentikan tabiat onani. Ramai salah anggap yang dirinya suka beronani namun sebenarnya gimik sahaja dan Wans sedang mempromosikan lagu baharu berjudul Makhluk Jalang Terbuang yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Memilih ketagihan onani sebagai isu yang bakal ditampilkan dalam muzik video, Wanns memberitahu niatnya juga adalah untuk mendidik masyarakat supaya tidak terjebak dengan perbuatan berkenaan. "Bukanlah sekadar hendak lancarkan lagu sahaja. Niat saya juga untuk mendidik orang ramai tentang tabiat onani. Memang ia memberi nikmat keghairahan sementara namun jika menjadi amalan boleh mendatangkan kemudaratan berpanjangan. "Lirik lagu itu nanti membawa kisah umum, namun dalam MV saya berani untuk angkat masalah yang mungkin tidak ramai tahu akibatnya itu. Dalam mempromosi lagu saya juga mahu berkongsi perkara baik," katanya kepada mStar.
|
salimrock replied at 14-2-2023 09:45 AM
nak dengar sedap ke tak lagu tu? haha
apa salah nya, buat lagu itu 1 bidang kreatif, dah idea dia k ...
ADVERTISEMENT