CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Jadi Bila Ada Peluang, Apa Salahnya?", Zara Zya Mengaku "Cucuk" Muka Dan Bibir

14-2-2023 10:30 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 6723| Komen: 47



Ramai yang perasan terdapat sedikit perubahan pada wajah pelakon popular, Zara Zya sejak akhir-akhir ini.

Setelah diasak dengan pelbagai soalan berkaitan rupa parasnya, Zara Zya akhirnya mengaku mengambil suntikan pada wajah dan bibirnya.

Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 37, menjelaskan perubahan hormon dan faktor usia menyebabkan dia mengambil suntikan tersebut selain tidak menolak dakwaan bahawa ada beberapa klinik estetik yang tampil menaja untuk melakukan suntikan mencantikkan wajahnya.

Namun menurutnya, suntikan yang diambil hanya vitamin untuk menghilangkan cela pada wajah.


"Sejujurnya, memang ada beberapa klinik yang menaja untuk saya membuat rawatan muka. Lagipun saya dah semakin meningkat usia, jadi timbul kedutan dan saya ada suntik sedikit. Tapi ia lebih kepada suntikan vitamin untuk menjadikan kulit tampil tanpa cela.

“Kalau dulu susah nak jumpa klinik estetik yang sesuai, jadi bila ada peluang, apa salahnya? Tapi ia lebih kepada vitaminlah. Sama juga macam bibir, kadang-kadang bibir jadi gelap, jadi yang ini dia memberikan kesan tegang. Apabila ia tegang, ia menjadi lebih gebu dan berwarna kemerah-merahan,” kata Zara menerusi temu bual di Melodi.

Dalam pada itu, Zara tidak kisah sekiranya ada netizen yang tampil memberikan komen negatif terhadap rupa parasnya meskipun menyedari setiap selebriti pasti melakukan suntikan pada wajah sebagai rutin untuk tampil cantik.


"Saya tidak kisah dan terpulang, lagipun saya rasa ramai sahaja yang buat. Terpulang pendapat masing-masing, mungkin orang itu tak ditawarkan peluang seperti ini, tapi bila dah ada peluang, mungkin dia juga sama nak mencuba.

“Di media sosial, orang boleh cakap apa saja. Nak buat atau tidak, itu terpulang. Macam saya, saya seorang selebriti, sudah pasti saya kena jaga penampilan secara keseluruhan dan apa yang boleh saya katakan, ia rutin bagi selebriti.

“Lagipun apa sahaja yang saya buat tetap ada kecaman dan tilikan. Kadang-kadang dalam video yang saya muat naik pun kita rasa tak ada apa-apa, tapi mata netizen tajam.

“Bagi saya, selagi perkara itu baik untuk diri saya, saya tak kisah apa orang nak cakap.

“Saya tak kisah orang nak kecam, saya tetap dengan diri saya dan akan jaga diri saya sebaik mungkin. Terima kasih kerana ambil tahu,” jelasnya.




Terdahulu, ketika ditanya mengenai jodoh, Zara memberitahu Melodi bahawa dia akan mengumumkan apabila sampai waktunya namun enggan mengulas samaada kekasih hatinya orang industri atau sebaliknya. 


Yang penting, bukan milik orang jawabnya ketika ditanya oleh Michelle mengenai status "kekasihnya" itu. - CARI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote evlinne 14-2-2023 03:21 AM
Normal la tuu sblm jadi retis muka marhaen ja
Ramai je retis cmtu
Netizen klau ada duit pun buat muka pegi korea agaknya
Quote iza_just2c 14-2-2023 03:21 AM
dosah ke tak cucuk vitamin?
Quote pensel_tulis 14-2-2023 03:27 AM
nampak ploles aje la. ingatkan hidung semua berubah
Quote lanacondor 14-2-2023 04:02 AM
Cantik sheolz
Quote dio5774 14-2-2023 04:13 AM
Dah ada bfren.. spe tuh
Quote ReginaGeorge 14-2-2023 04:47 AM
pensel_tulis replied at 13-2-2023 07:27 PM
nampak ploles aje la. ingatkan hidung semua berubah

Tengah kumpul duit lettew..
Quote LadyCarefree 14-2-2023 06:04 AM
frust dgn sok eb kah?
Quote likilu 14-2-2023 07:35 AM
Mcm muka madammu


My benchmark project renovation paling berjaya ialah heart evangelista denagn fazura je yang lain sorry
Quote likilu 14-2-2023 07:38 AM
Cleocatra replied at 14-2-2023 04:53 AM
Cocok2 muka ni ketagih tau cik zya. Filler tu pulak, lepas topak, topak. Bertindih2 jadi. Tu yang mu ...

Setuju, walaupun medical related cosmetic procedure tapi saiko dia bila siap satu tu terus rasa eh yang ni pun kalau repair sikit pun ok, hm alang alang sini sekali. Ala cucuk cecair je pun bukan pakai susuk. Ni bukan plastic surgery buh benang je.
Kita akan terus takleh focus benda lain dah asek nak repair aje. Last last sajat.
Quote Burong_Hantuk 14-2-2023 08:20 AM
ramaiii jer retis2 yg cucuk muka bagai
Quote lasagna 14-2-2023 08:26 AM
Cleocatra replied at 14-2-2023 04:53 AM
Cocok2 muka ni ketagih tau cik zya. Filler tu pulak, lepas topak, topak. Bertindih2 jadi. Tu yang mu ...

jahh pondan pun lagi lawo acano? alaa bibir tu ckp jer laa filler, xde nya bitamin2 ni lah ehh.. cucuk2 tu gasak ke dia, esk lusa tua juga. bkn makin muda. aaagittew.

Quote babelina 14-2-2023 08:52 AM
likilu replied at 14-2-2023 07:38 AM
Setuju, walaupun medical related cosmetic procedure tapi saiko dia bila siap satu tu terus rasa eh ...

ye... i ols pernah nk buat.. tp terfikir.. msti nk repair..n repair lg.. hahaha..
sedangkn brg makeup lg yg ada.. ko lg nk beli n beli utk cantikkn muka ko.. apa lg rawatan camnie..
Quote brunesss 14-2-2023 09:07 AM
kalau kat tv atau gambar, memang cantik tengok yang bercucuk2 ni tu pun kalau muka dah ada features cantik. tapi kalau in person aku rasa macam tengok kasut crocs dah tak proportionate dengan badan mcm besar muka tu. kejut juga aku tengok
Quote hotmak 14-2-2023 09:23 AM
lah dah 37 ke, tak nampak sebab badan kecik kot, patut geng dgn SA, fafau jihan apa semua, rakan sebaya
Quote prettyuglybabe 14-2-2023 12:46 PM
memang dah sedia maklum kan..
seburuk mana pun seorang pompuan, boleh jadi cantik bila ada duit..
Quote kechikchomel 14-2-2023 12:51 PM
prettyuglybabe replied at 14-2-2023 12:46 PM
memang dah sedia maklum kan..
seburuk mana pun seorang pompuan, boleh jadi cantik bila ada duit..

81b522e0c5a31c621d0623deec6b6acb.jpg

camtuhhhh....
Quote prettyuglybabe 14-2-2023 12:54 PM

ye.. kalau versi melayu, tengok jihan musa
Quote Sazreena 14-2-2023 01:02 PM
Pix pakai tudung biru tu dah mcm Aida Aris...beria cucuk hujung-hujung takuk tu je.
Quote mrsbale 14-2-2023 01:04 PM
Knp dah berfiller dah cucuk bagai dah modify mcm2 tp still taksub nk berphotoshop nk filter 44lapis nak makeup tebal namatey jg eh
Bkn ke dorg ubah ciptaan tu sbb nk jd lebih cantik tp last2 dorg sgt bgantung dgn other tools n apps jg nk bg nmpk & rasa cantik.
Mcm kelako je. Mcm kesian pun ye

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.079782 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top