CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Setelah 3 Hari Mencari Gambar Yang Nampak Sedikit Kurus Akhirnya Jumpa...", Netizen Terhibur Baca Ucapan Birthday Haris Buat Neelofa

14-2-2023 09:15 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 21803| Komen: 202



Selebriti, pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-34 tahun pada 10 Februari lalu.

Dalam satu hantaran terbaru di Instagram, usahawan dan pendakwah terkenal, Haris Ismail atau lebih mesra disapa sebagai PU Riz berkongsi ucapan manis buat isteri tercinta, Neelofa.

“Selamat Hari lahir buat isteri solehahku.  Semoga hari jadi pada kali ini lebih bermakna dalam hidupmu dengan Doa orang orang soleh solehah sekelilingmu insyaA-Allah dihidupkan dirimu dengan kehidupan yang baik.

“Terima kasih jadi ibu yang penyayang pada Muhammad Bilal & isteri yang baik pada diriku. Moga Allah kurnia Jannah untukmu.

“Akhir kata agar Allah kurniakan affiyyah dalam kehidupanmu dan terus menjadi wanita yg menjadi asbab agama tersebar seluruh alam,” ucapnya.


Di akhir kapsyennya, PU Riz sempat bergurau dengan memuat naik gambar bersama isterinya ketika masih kurus.

“Setelah 3 hari mencari gambar yang nampk sedikit kurus akhirnnya jumpa Alhamdullillah. Sekarang pun bukannya gemuk cuma bahagia,” selorohnya.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian itu.


Terdahulu, dalam satu hantaran di Instagram Neelofa dilihat menitipkan ucapan istimewa buat suaminya, Haris Ismail yang sentiasa prihatin dalam setiap hal. Neelofa menyatakan bahawa suaminya telah menghadiahkannya seutas gelang tangan yang sepadan dengan cincin kahwinnya.


Sekadar info, Noor Neelofa binti Mohd Noor dilahirkan pada 10 Februari 1989 di Pasir Mas, Kelantan dan merupakan anak ketiga daripada sembilan adik-beradik.



Beliau mempunyai lima adik-beradik berlainan bapa. Bapanya berketurunan Melayu dan ibunya, Noor Kartini Noor Mohamed berdarah peranakan Pakistan dan Arab. - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bukankualilekuk 14-2-2023 01:49 AM
Ewww. Tu pun slps suami dia majokkk
Youuu whyyy u tak wishhh langsung birthdayyy aiiiii. Yihhh
Quote misszaitun 14-2-2023 02:04 AM
Lama betul cari gambar sampai 3 hari baru wish
Quote MissYouSayang 14-2-2023 02:06 AM
Saje nak suruh acik2 forum berdekah2 khens
Quote alieyrina 14-2-2023 03:02 AM
Dia baca forum wey. Ejaan semua pass
Quote mzsnam 14-2-2023 03:12 AM
Baru nk ckp dia baca forum.hahahaha.berdooh cari gambar smp 3 hari.hahaha.sehari seblom birthday leh cari gambar.haha.pepon smg bahagia bersama suami
Quote iza_just2c 14-2-2023 03:19 AM
alieyrina replied at 14-2-2023 03:02 AM
Dia baca forum wey. Ejaan semua pass

Ejaan pass apa.mana tau dia bc forum
Quote rainbowrainz 14-2-2023 03:27 AM
Jah ohhh jah engko baca porum kan an an...hahahahahanat
Quote endihesh 14-2-2023 07:57 AM
tapi.. lopak berniqab penuh mcm ni sebelum kawen kan?? lpas kawen dahi terus bukak kan??? kapel terpaling islamik berdua2 dalam kereta amek gambar rapat2 ni sweet sgt.. hahahahahahah...
Quote matjerk 14-2-2023 08:18 AM
Cuma nak tanya... kenapa penggunaan Caps dia .. di post asal dia.. ikut suka hati dia je. Sakit mata tgk. Even Tt yg repost balik ucapan hari jadi dia pun... tahu kat mana nak kena huruf kecik..n besar
Quote Burong_Hantuk 14-2-2023 08:19 AM
eppy besday laaaa...
Quote asudau 14-2-2023 08:21 AM
entah-entah jah yang log in insta bini dia dah upload kata-kata manis gitu..

any way, semoga bahagia jah dan bininya buat selama-lamanya...


Quote matjerk 14-2-2023 08:25 AM
alieyrina replied at 14-2-2023 03:02 AM
Dia baca forum wey. Ejaan semua pass

Huruf kecik besar x betul.. rajin plak jari jemari dia tekan caps utk perkataan2 yg x perlu.
Screenshot_20230214-082021_Brave.jpg
Quote anakkerengga 14-2-2023 08:26 AM
matjerk replied at 14-2-2023 08:25 AM
Huruf kecik besar x betul.. rajin plak jari jemari dia tekan caps utk perkataan2 yg x perlu.

Hahahh.. dah jd cikgu bm pulak
Quote awex^returns 14-2-2023 08:27 AM
tak rasa sweet pon.... tak macam seteru.... kah kah kah... try hard sangat jah ngan ucetat bebird
Quote Nanadjo 14-2-2023 08:31 AM
endihesh replied at 14-2-2023 07:57 AM
tapi.. lopak berniqab penuh mcm ni sebelum kawen kan?? lpas kawen dahi terus bukak kan??? kapel terp ...

Lepas kahwin dulu ada je kadang2 dia pakai full niqab, sekarang je memang dah tak nampak langsung.
Quote miss_strangers 14-2-2023 08:34 AM
Aku suspek jah xnak layan pubird atas katil padahal pubird dah naik air kat Kepala. Tu terpaksa gk wish
Quote Sachacha 14-2-2023 08:34 AM
Dan benak pun ketawa geli hati sambil melompat lompat bintang suwit kata depa paksetad buat ucapan
Quote matjerk 14-2-2023 08:36 AM
anakkerengga replied at 14-2-2023 08:26 AM
Hahahh.. dah jd cikgu bm pulak

Sakit mata tgk..bekas cikgu taip begini...
Quote MilanAdelynn 14-2-2023 08:40 AM
Ye ke cari gmbar time kurus? Ke takde gambar selfie bersama nak digunakan? Gituuuu 3 hri cari sebab jah taknak bergambor dia kan dah bambam  done mengutuk. Hahahah bye uols

Lihat semua komen(202)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.056989 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top