CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Alif Satar Bersiap Dalam Bas Sebelum AJL37, Muka Terkejut Menang Tempat Ketiga Buat Penonton Terhibur

13-2-2023 07:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2472| Komen: 9

Tidak mengguna bilik persalinan seperti finalis lain di Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37), Alif Satar bersama kumpulannya The Locos (ASTS) sebaliknya menggunakan bas sendiri untuk bersiap.

"Peserta lain bersiap di bilik mereka sendiri, tetapi kami sanggup make up dalam bas. Tak kisahlah ruang sempit sekali pun. Kami sangat teruja tersenarai di AJL37 dan ini juga tanda akan bermula persembahan jelajah kami.


IG

"InsyaAllah dengan kemenangan ini akan membuatkan orang lebih kenal ASTS. Sebelum ini ramai yang tanya apa keistimewaan band ini, bagi saya kami cuba tampilkan kepelbagaian dalam muzik. Kami boleh nyanyi lagu pop, rock dan nasyid," katanya kepada mStar.

Alif yang tidak berharap menang pada malam anugerah itu berlangsung mengakui tekejut apabila lagu mereka diumumkan sebagai pemenang hingga riak wajah terkejutnya itu menjadi sebutan netizen.


mStar

"Ketika tersenarai sebagai finalis, kami tak fikir pun soal bertanding. Semua anggota kumpulan setuju dengan perkara itu. Kami hanya beri yang terbaik dan hiburkan peminat sebab ini adalah tahun pertama masuk AJL.


IG

"Memang tak sangka akan menang. Kalau tengok rakaman wajah saya ketika diumumkan tempat ketiga pun dah tahu saya betul-betul terkejut. Tak sia-sia cipta lagu ini tiga tahun lalu," ujarnya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Hoshhi 13-2-2023 07:59 PM
Alif PULAUUU filem PULAU
Quote chekacheku 13-2-2023 08:32 PM
Bagus dak aliff ni..family man..karisma tu ada..tp pulau??
Quote af_mania 13-2-2023 08:47 PM
Meols ternampak aliff semalam dalam bas. Masa tu alif pakai singlet hitam jah.
Masa tu pelik sikit napa dia dalam bas bkn kat bilik artis.
Quote makgetah 13-2-2023 09:02 PM
Besau nye serombong kapal
Quote cyber_mania 13-2-2023 09:07 PM
Cantik nya dayang kat sebelah tu

Alif boleh la bersiap dlm bas. Klau aina? Gak bisa
Quote drivethru 13-2-2023 09:11 PM
Dayang duduk sebelah aliff sambil kira bulu dada aliff. Mati2 dulu ingat kan lagu ni lagu raya.
Quote habisnamadahni 13-2-2023 11:24 PM
dayang cantikkk sgtttt[em:17:]
Quote Perawankota 14-2-2023 01:32 AM
Tapi tak minat sgt lagu nii
Quote aloyah89 14-2-2023 09:39 AM
muka dia betul2 terkejut. yang lain tu mcam alaa.. pura2 sembang2.. padahal tengah tunggu mc sebut nama masing2.. hahaha

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.032999 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top