CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Berhenti DM, Saya Dah Tandatangan NDA' - Reaksi Altimet Bila Ada Yang Pertikai Penilaian Juri AJL-37

13-2-2023 06:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2033| Komen: 12

Altimet yang merupakan salah seorang juri Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37) menegaskan dirinya sudah menandatangani perjanjian NDA (non-disclosure agreement) yang menghalang maklumat sensitif daripada dikongsi dengan orang lain.




Perkara itu dikongsinya selepas ada netizen menyatakan bahawa pihak terlibat sudah mengetahui siapa juara (AJL) terlebih dahulu dan menghubungi Altimet di Instagram.


IG

Jelas Altimet yang mengulang kicau ciapan tersebut menjelaskan bahawa AJL merupakan sebuah pertandingan menulis lagu dan penilaian utama adalah kepada melodi, lirik.

"Jadi sebahagian markah tak perlu diberikan dengan menonton persembahan. Tapi tak adil bila tak nilai penyampaian lagu tu," ujarnya dipetik Murai.




Anugerah Juara Lagu 37 (AJL-37) pada malam Ahad diadili 10 juri profesional iaitu Noryn Aziz, Damian, Ad Samad, Khir Rahman, Datuk Acis, Altimet, LY, Jari, Azlan Abu Hassan dan diketuai Datuk Mokhzani Ismail. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sleepandream 13-2-2023 08:10 PM
poyo je...
dolu lagu bunga ke apa bajet otai tarik diri suruh de fam nyanyikan....
Quote edoraixora 13-2-2023 08:31 PM
Patut ler lagu joe flizzoe & sonaone dapat placing, dia salah sorang juri rupanya.
Same story lah dengan 'aku tanya apa khabar' dulu, juri biased
Quote mamakoya 13-2-2023 08:38 PM
tapi lagu sonaone tu mmg sedap pun ????
Quote winky1 13-2-2023 08:47 PM
Arwah Adibah Noor dah ckp dulu
Quote winky1 13-2-2023 08:48 PM
edoraixora replied at 13-2-2023 08:31 PM
Patut ler lagu joe flizzoe & sonaone dapat placing, dia salah sorang juri rupanya.
Same story lah de ...

Umum second pun mcm no reaction
Quote annadonna 13-2-2023 08:58 PM
Bukan rahsia lagi. Mmg placing siap siap dah ada. AJL tu mlm nak bagi anugerah aje sambil cari persembahan dan vokal terbaik. Nak hiburkan korang
Quote KamikuP 14-2-2023 09:36 AM
Adakah depa dah tau sapa pemenang bila artis buat full rehersal ?
Quote babelina 14-2-2023 09:52 AM
klau ikut apa yg Altimet ckp tu.. mmg dari awal juri dh bole buat keputusan la.. cuma ye la.. pentas tu utk vocal, persembahan terbaik & utk peminat kn...
Quote wadiunong 14-2-2023 09:57 AM
sorry to say 95%  lagu2 dlm AJL ari tu semua tak sedap, senduuuu sapa la yg cakap suara Marsha sedap. takat aaaaa oooo terjerit2 mcm tu sedap? OMG. Mujo la iols tgk recorded. boleh skip2.
Quote talapia 14-2-2023 10:09 AM
umum tahu anugerah AJL ni more untuk pencipta lagu  n lirik. Sebab yg dinilai utamanya adalah lagu tu sendiri..
Memang dah ada markah siap2 untuk lagu tu..
then bila malam AJL.. ada la jugak portion untuk persembahan, vocal etc.
Bukanla 100% nilai lagu sahaja.. mcm Ultimet kata la.. tak adil kalau x nilai persembahan..

contoh:

gubahan lagu - 30%
lirik - 30%
persembahan - 20%
vocal - 20%

so setiap lagu dah dikira markah gubahan lagu n lirik yg mewakili 60%.
Kalau lagu tu kuat.. maybe senang2 dapat 50% kat situ..
Asal kau tak terkucil lupa lirik ke apa masa perform.. then adds up another maybe 30%.
So total dapatla 80%..

kalau lagu tu biashe2.. x cukup kuat.. maybe dapat 40%.. tambah persembahan n vocal 30%.. dapat total 70%.

Gitu la kot contoh pemarkahan.
Biasa pemarkahan untuk vocal n persembahan ni.. dorang tolak2..

means markah asal utk vocal 20
terkucil 3 kali - tolak 5 marks
so dapat 15 je la.
Quote HabukBesi 14-2-2023 10:25 AM
talapia replied at 14-2-2023 10:09 AM
umum tahu anugerah AJL ni more untuk pencipta lagu  n lirik. Sebab yg dinilai utamanya adalah lagu t ...

better AJL masa awal kemunculan program ni berbanding yang ada skrng, lagu skrng pon bnyk tak BERJIWA, hanya lalu di telinga tak sampai mesejnya
Quote matseh 14-2-2023 10:36 AM
In the 1st place tak perlu pun ada anugerah juara lagu ni. Even in 1986.
Terutama bila you trying to compare lagu yg mana satu lebih bagus. Adakah pencipta lagu itu lebih baik dari yg itu.
Lagu ialah subjektif, mcm makanan juga. Ada yg suka Ikan masak Cili padi, ada yg tak suka.
Kena tukar kepada “Anugerah Lagu TV3”

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.262530 second(s), 42 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top