CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nak Duet Dah Tak Kesampaian, Syafiq Idam Rakam Semula Lagu Saleem

13-2-2023 06:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1229| Komen: 18

Syafiq Farhain, 29, mendedahkan impian untuk merakamkan lagu duet bersama ayahnya, Saleem tidak kesampaian apabila penyanyi kumpulan Iklim itu menghembuskan nafas terakhir selepas mengalami kecederaan parah akibat kemalangan jalan raya pada 2018.


Biarpun boleh merealisasikannya menerusi kecanggihan teknologi, Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain A M berkata, perkara ini tidak berada dalam perancangannya setakat ini.

Foto: IG

"Yang ada dalam perancangan ialah menyanyikan semula lagu-lagu lama nyanyian arwah ayah bersama Iklim. Cuma kekangan yang dilalui ialah hak cipta lagu kerana label rakaman yang berbeza.

"Sebenarnya kalau menggunakan teknologi memang boleh buat. Tapi ia jadi macam tak 'best' (seronok). Benda yang lama nak dicampur adukkan dengan rakaman baru macam tak sempurna jadinya.

"Nak buat itu boleh kerana ada sahaja orang buat di YouTube tapi macam saya cakap ia jadi tak 'best' bagi saya," katanya.




Mengulas kecenderungan beberapa individu yang dikatakan mempunyai suara seakan arwah ayahnya ketika menyanyi, Syafiq berkata, dia tidak mahu terlalu bercakap perkara ini.

"Saya kagum mereka boleh buat macam begitu. Tapi yang saya lagi kagum jika asal-asalnya suara mereka begitu dan bukan dibuat-buat.



"Kebanyakan yang saya dengar kat luar macam dibuat-buat. Mungkin dia minat sangat jadi terpaksa buat begitu. Saya okey tiada masalah.

"Cuma saya lebih kagum jika ia ada secara semula jadi kepada mereka," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 13-2-2023 06:32 PM
Tapi mung sengau. Bukan serak2 basah.
Quote yondu 13-2-2023 06:40 PM
herlok rupa dan badan heolss..tasty utk i
Quote sleepandream 13-2-2023 08:12 PM
yondu replied at 13-2-2023 06:40 PM
herlok rupa dan badan heolss..tasty utk i

banyak bulus jgk heols ni...
hrp tak boroi lepas few years kawen
Quote rosedemon 14-2-2023 08:55 AM
papelah ko
Quote prince_marhaen 14-2-2023 10:24 AM
..Saya kagum mereka boleh buat macam begitu. Tapi yang saya lagi kagum jika asal-asalnya suara mereka begitu dan bukan dibuat-buat..


tapi mung pun buat-buat jugak sengau tu, tambah mung pekat beno ganung mung... padahal time cakap okey je...bila nyanyi auto tiru sengau dengung tu....btw heshe nampak sado tinggi dalam gambar...real live alahai petite je...badan solid lah.. rendang je.. terus meols.. "ohhh...okey.." hahahaha
Quote wirazam 14-2-2023 11:34 AM
Better ko compose lagu baru yg boleh tunjukkan suara ko...
Boleh tambah kolejsi lagu lagu yg berkualitiii
Let it be lagu salemm Tu...
Quote wirazam 14-2-2023 11:37 AM
prince_marhaen replied at 14-2-2023 10:24 AM
tapi mung pun buat-buat jugak sengau tu, tambah mung pekat beno ganung mung... padahal time cakap  ...

Brp tinggi dia nihhh
Quote Kurex 14-2-2023 11:47 AM
Semoga dapat main pili bomba dgn sapik sambil berkejar-kejaran
Quote Kurex 14-2-2023 11:48 AM
prince_marhaen replied at 14-2-2023 10:24 AM
tapi mung pun buat-buat jugak sengau tu, tambah mung pekat beno ganung mung... padahal time cakap  ...

Yeke? Tapi kalau dia sua, iols menerima
Quote DeLuna85 14-2-2023 11:55 AM
Awas nanti mak tiri meroyan
Quote lasagna 14-2-2023 12:00 PM
sora pun lebih kurang sama, so buat jer laa..
oh mana gambo org rumah? tayang laa cikit sapikk.
Quote prince_marhaen 14-2-2023 12:06 PM
Kurex replied at 14-2-2023 11:48 AM
Yeke? Tapi kalau dia sua, iols menerima

haah chuols...rendang tapi berbuah lebat la meols rasa.. hahahahaha kalau sua takkan nak sombong pulak ye dakkk..

Quote prince_marhaen 14-2-2023 12:08 PM

iols 165..tapi macam rendah sikit je drpd iols... huhuhuhu

Quote wirazam 14-2-2023 12:12 PM
Kurex replied at 14-2-2023 11:47 AM
Semoga dapat main pili bomba dgn sapik sambil berkejar-kejaran

Muhahahaaaaa
Quote asfaz 14-2-2023 12:17 PM
Kurex replied at 14-2-2023 11:47 AM
Semoga dapat main pili bomba dgn sapik sambil berkejar-kejaran

Wahh .sambil bersiram siraman...bahagianya kurex
Quote asfaz 14-2-2023 12:18 PM
DeLuna85 replied at 14-2-2023 11:55 AM
Awas nanti mak tiri meroyan

Dgn mak tiri ni ada anak ke?
Quote Kurex 14-2-2023 02:30 PM
asfaz replied at 14-2-2023 12:17 PM
Wahh .sambil bersiram siraman...bahagianya kurex

Hanya mampu berfantasi mcm ning bejura je
Quote DeLuna85 14-2-2023 08:59 PM
asfaz replied at 14-2-2023 12:18 PM
Dgn mak tiri ni ada anak ke?

Rasanya mcm takde. Arwah pun bela anak tiri dulu.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.044599 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top