Aina Abdul sanggup berhabis hampir RM85,000 untuk mempersembahkan karya istimewanya, Terus Hidup di pentas Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) pada malam Ahad. Penyanyi berusia 30 tahun itu berkata, pelaburan dibuatnya itu adalah tanda penghargaan buat peminat yang selama ini menyokong kerjaya seninya.
"Iya, memang saya berbelanja agak banyak untuk baju, set persembahan dan apa sahaja yang dilihat ketika di atas pentas. Pada ketika ini dalam kerjaya saya mahukan sesuatu yang berbaloi. Jadi saya tahu perlu ada sedikit pelaburan. "Pada malam ini (Ahad) sahaja saya bawa 30 orang bersama sebagai team yang menguruskan segala aspek. Semangat mereka yang saya bawa di atas pentas. Syukur saya ada rezeki untuk berbelanja dan tidak ada masalah untuk invest kali ini,” katanya kepada mStar. Ternyata apa yang dilakukannya membuahkan hasil apabila menggondol gelaran juara AJL37 dan menang kategori Vokal Terbaik menerusi lagu ciptaannya itu yang didedikasikan buat arwah bapa yang meninggal dunia ketika dia berusia 15 tahun.
|
tikusmontok replied at 13-2-2023 07:11 PM
Lain kali dok asing dari org lain..nak kreatif sgt abis org dok blkg kena tampar ngan awan ko{:gif_h ...
lovelytouch replied at 13-2-2023 06:36 PM
Hmmm ntahhh lah dek non... walaupun sejenis berusaha bersungguh2 tapi entahhlahhhh something wrong s ...
azimodin replied at 13-2-2023 08:36 PM
Persembahan awan nano hafiz tetap legend.
ashcroft86 replied at 13-2-2023 08:44 PM
Yang very the sketsa sekolah tu ke?
rayna_raynes replied at 13-2-2023 07:14 PM
yang duduk belakang dia noki! Ada org rekod vid noki dengan mk dok tepis2 sayap2 aina hahaha
ADVERTISEMENT