Ramai teruja dengan kemunculan Jihan Muse mengacara di pentas Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37). Namun, penampilannya mencuri tumpuan ramai apabila gaya tudung dan solekan dikenakan membuat dia kelihatan seperti pelakon manis Mira Filzah.
Malah, ada keliru tertanya-tanya mengapa Mira muncul di pentas bersama Sherry Alhadad. Namun, teka-teki terjawab sebaik Jihan membuka mulutnya. Ramai memuji Jihan kelihatan semakin cantik selepas melahirkan anak keduanya tahun lalu. “La, ingatkan Mira Filzah rupanya Jihan Muse. “Eh? Mati-mati ingatkan Mira Filzah! Lawanya Jihan, bagus betul make up artis dia. “Cantiknya Jihan Muse malam ni. Kejap muka macam Mira Filzah, kejap muka macam Zara Zya. “Kenapa tengok Jihan Muse macam ada iras Mira Filzah pula malam ni hihi. “Mira Filzah? Eh? Bukan… Bukan… Tu Jihan Muse. Lawaaaaaaanyaaa,” antara komen netizen yang dipetik GEMPAK. - CARI
|
cikatilia replied at 13-2-2023 05:45 PM
aku tgk mcm zara zya
tup2 zara tu sebelah datok sponsor
princessmiang replied at 13-2-2023 07:23 PM
Kannnn...mula2 tengok mcm bungkos..pastu miwa
ADVERTISEMENT