Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA)akan menamatkan zaman bujang sebelum Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar menyatakan demikian kepada beliau di Parlimen hari ini.
“Tadi sempat berjumpa dengan YB Muar selepas perasmian oleh YDPA (Yang di-Pertuan Agong). Bila saya tanya bila hendak kahwin, saya kata jejaka handsome mesti kahwin cepat. “Dia janji dengan saya, sebelum PRU16 dia akan kahwin. Saya doakan semoga Allah permudahkan urusan YB Syed untuk mendapat jodoh,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini. Terdahulu, Idris berkata, Syed Saddiq selepas bergelar graduan selalu berkunjung ke pejabatnya di bangunan Parlimen semasa beliau menjadi Ahli Parlimen dari tahun 2013 sehingga 2018.
“Apabila orang hormat saya sekali, 10 kali saya hormat orang tersebut. Perbezaan parti, bangsa dan agama bukan halangan untuk saya bermesra dengan sesiapa pun,” katanya. – CARI Sumber: Kosmo
|
supernaturalee replied at 13-2-2023 04:59 PM
so, siapa lelaki tu
Austronesian replied at 13-2-2023 04:58 PM
Mcm mana dgn pompuan yg dia tidoq sekatil tu?
vanillaninja replied at 14-2-2023 08:16 AM
Heols ada gf ke? Pandainya sorok.
Kitty_catz replied at 14-2-2023 12:25 AM
bukan ke gopren nye cucu atok 97?
vanillaninja replied at 14-2-2023 08:30 AM
Ummah Twitter cakap gf heols nama Abe Lim
vanillaninja replied at 14-2-2023 08:30 AM
Ummah Twitter cakap gf heols nama Abe Lim
Tinot7 replied at 14-2-2023 12:35 AM
Abe ni singkatan utk abraham ka abang?
vanillaninja replied at 14-2-2023 08:39 AM
Abe Lim tu wanita tulen. Anak somebody jugak la, ada link dengan Tun Daim dan Mahathir. I tak tau ...
ADVERTISEMENT