Tular dakwaan seorang pelanggan yang mendakwa rider gagal menghantar makanan ke kediamannya. "Selama aku hidup, ini kali pertama aku rasa nak luah kat sini. Order makanan pun hampir sejam, yang mana aku tak kisah pun," ujarnya dipetik mStar.
Malah, katanya sebelum makanan sampai dia menerima panggilan daripada rider. Menariknya, muncul nama ‘rider pemalas’ melalui aplikasi Truecaller. Dakwanya, rider itu memintanya turun mengambil makanan di hadapan lif memandangkan dia perlu ke lokasi seterusnya. Bagaimanapun, dia tetap meminta rider itu untuk naik ke tingkat kediamannya yang terletak bersebelahan dengan lif kerana sedang ada urusan. "Tiba-tiba status tunjuk delivered tapi makanannya tak sampai. Apabila hubungi nak tanya status makanan kena reject tanpa sebarang respons. Yilek, nada, nothing," katanya.
Dia yang akhirnya terpaksa turun ke tingkat bawah mendapati makanan dipesannya sekadar diletakkan di atas peti surat. Di ruangan komen, rata-rata netizen menyelar sikap tidak amanah rider berkenaan sehingga menyusahkan pelanggan yang telah membayar caj penghantaran. Ada juga rider meninggalkan komen, menganggap tindakan pelaku seumpama menconteng arang buat komuniti pekerjaan tersebut. - CARI
|
vanillaninja replied at 13-2-2023 11:17 AM
Bukan standard ke kalau duk high-rise memang the rider drop dekat lobby/drop-off point? Kalau lif ro ...
vanillaninja replied at 13-2-2023 11:17 AM
Bukan standard ke kalau duk high-rise memang the rider drop dekat lobby/drop-off point? Kalau lif ro ...
ADVERTISEMENT