CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Razman Mahayuddin Hilang Sabar! Berang Nama Selalu Ditolak Stesen TV Sebab Tak Ramai Follower Di Intagram

13-2-2023 09:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3484| Komen: 27

Razman Mahayuddin mendedahkan dirinya sudah hilang sabar apabila berkali-kali ditolak oleh stesen televisyen (TV) kerana tidak mempunyai jumlah pengikut yang ramai di Instagram.

Razman atau Masrazman Md Mahayuddin, 28, berkata, dia ditolak oleh stesen TV yang sama lebih daripada 10 kali tanpa diberi peluang untuk menunjukkan bakat lakonannya.


Foto: IG

Kata Razman, ramai penerbit yang mahukan dia berlakon dalam drama terbitan mereka tetapi terpaksa akur apabila stesen TV menolak namanya dan lebih memilih untuk memberikan tawaran kepada pempengaruh media sosial.

"Kalau ikutkan ramai penerbit yang beri saya tawaran untuk berlakon tetapi apabila mereka nak 'push' nama di stesen TV, mesti kena reject. Lebih sepuluh kali jugalah saya ditolak oleh stesen TV yang sama.

"Alasan mereka kerana saya tidak mempunyai pengikut yang ramai di IG dan mereka mahu mencari pempengaruh untuk berlakon dalam drama dengan alasan ada sponsor masuk untuk naikkan rating," katanya ketika dihubungi mStar.




Dalam pada itu, Razman menjelaskan dia tidak menyalahkan mana-mana pempengaruh media sosial, sebaliknya memohon agar stesen TV mempertimbangkan untuk mengambil barisan pelakon secara seimbang.

Biarpun ada di antara pempengaruh yang demand dan tidak pandai berlakon, Razman berharap agar mereka ini diberi tawaran untuk watak-watak sampingan yang lain.



"Saya tidak salahkan mereka kerana saya tahu ada diantara mereka yang memang berbakat. Tetapi, apa salahnya beri juga peluang kepada pelakon lain yang memang boleh berlakon.

"Pihak penerbit sendiri beritahu saya ada pempengaruh yang meminta bayaran tinggi seperti harga mereka buat review produk.

"Jadi, saya harap stesen TV dapat membuka mata dan beri peluang untuk kami yang sememangnya seorang pelakon," ujarnya.



Sementara itu, Razman turut meluahkan rasa kesal apabila bakat lakonannya tidak mendapat perhatian stesen televisyen sedangkan dia sudah habis berusaha untuk belajar berlakon.

Kata Razman, dia juga sedih apabila melihat rakan-rakannya yang turut tidak bernasib baik dalam industri lakonan dan terpaksa bertukar kerjaya menjadi peniaga atau penghantar makanan.


"Saya sampai sekarang masih lagi masuk kelas lakonan. Tak cukup dari zaman belajar dulu, sehingga kini saya masih berhabis duit untuk belajar berlakon.

"Saya bersuara kerana ramai lagi kawan-kawan saya lepasan universiti jurusan teater yang akhirnya saya lihat mereka jadi rider atau menjual makanan. Sebab apa? Kerana mereka kata tak ada tempat dalam industri ini," katanya.




Untuk rekod, Razman pernah membintangi beberapa drama popular termasuk 7 Hari Mencintaiku 3, Akira Khan, Rindu Awak Separuh Nyawa dan Marry Me Senorita. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote margo20 13-2-2023 09:27 AM
Oo mamat ni kalau ade jambang baru ku kenal
Quote KamikuP 13-2-2023 09:48 AM
Ok le rupa ada ko buat OF jer la dekk pastu bedesup2 produser drama adik2 serbu ko dekkk
Quote shernazz 13-2-2023 09:54 AM
Beli la follower
Mmg skang bilangan follower jadi benchmark..
Quote marchikobonzo 13-2-2023 10:07 AM
Jangan nanti lagi producer tv tak nak ambik lepas bising2
Quote prince_marhaen 13-2-2023 10:08 AM
..Kalau ikutkan ramai penerbit yang beri saya tawaran untuk berlakon..


NOURRRRRR feelinggggg tetappppp yahh! padahal memang takde offer pun kan sebab whoareyussss.....btw, apa ke sial rambut sauk ke depan tu fesyen zaman bila nonokkkk???? hahaha dah macam tempek sarang burung dahh.. cuba uols buat video leak... mesti laku... itupun kalau barang kemas letop la nok..
Quote mamajawie 13-2-2023 10:22 AM
sapa mangkok ni?
Quote laksmanabentan 13-2-2023 10:26 AM
umur 28 tahun tapi awat da mcm bapak2 ekk..
Quote dudaberhias 13-2-2023 10:32 AM
who are yussssss...
fefeeling berbakat sangat lakonannyaaa... kalau kena tolak maknanya takde rezeki lah tu dikkk... jangan kata industri tempatan... industri luar pun sama jah sekarang ni nak influencer dan pelakon herlokkkk... tengok netflix tu pun dah tahu... even yang hodoh macam ali bongok tabur garam tu pun kena pelakon veteran lama yang popular dan ada nama juga... pusing2 ke situ jua...
Quote cikatilia 13-2-2023 10:33 AM
maaf tak kenal dek
Quote pembacagosip 13-2-2023 10:59 AM
# tu mmg kena letak hero remaja 2017 ye di setiap post
Quote MadameOnion 13-2-2023 11:11 AM
who are yussssssss??? muka nan hado
Quote totokreturn. 13-2-2023 11:21 AM
anak muhyidin yasin ka?
Quote lolita737 13-2-2023 12:52 PM
saya tengok lakonan dia dalam 7HM season3 tu pun over semacam je ko berlakon dik..meluat tengok cara lontaran dialog ko dalam drama tu..nampak x natural sangat lakonan ko..
Quote Zeatyisaac 13-2-2023 07:13 PM
Dia sedang mencari.follower sekarang ni. Dalam 100 yang membaca, dapat 1 pun cukup.
Quote shroom 13-2-2023 07:46 PM
Ko blakon pun xde org perasan.. xyah laa belakon
Quote KirazMevsimi 13-2-2023 08:19 PM
hemmmm. teruskan mencuba. jangan putus asa. tapi hestek nya ....... hemmmm
Quote shroom 13-2-2023 08:22 PM
pembacagosip replied at 13-2-2023 10:59 AM
# tu mmg kena letak hero remaja 2017 ye di setiap post

Hahaha... saje laa nk bgtau netizen dia tergolong gak dgn hero remaje
Quote diamondhoney 13-2-2023 08:28 PM
pembacagosip replied at 13-2-2023 10:59 AM
# tu mmg kena letak hero remaja 2017 ye di setiap post

Baru nak cakap benda yang sama..
Quote drivethru 13-2-2023 09:16 PM
Hensem jugak.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 09:43 AM GMT+8 , Processed in 0.039244 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top