Hafidz Roshdi bengang terhadap seorang pengguna media sosial yang memberi komen biadab terhadap isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri. Hafidz, 29, turut memuat naik gambar individu berkenaan dan meminta orang ramai untuk menjejakinya bagi membolehkan dia bersemuka dengannya.
"Sebelum dia private muka minta penyepak ni, korang tolong cari kawan-kawan dia, sila DM (direct message)," tulis Hafidz. Hafidz meluahkan rasa tidak puas hati terhadap remaja lelaki itu ekoran dia mempersendakan wajah isteri Hafidz pada ruangan komen dalam satu hantaran dimuat naik sebuah portal. Pelakon itu turut dilihat meninggalkan komen emoji marah di media sosial invidiu berkenaan. Pemuda itu kemudiannya mengambil tindakan memadam komen tersebut dan turut menghantar mesej kepada Hafidz dan memohon maaf atas kesilapannya.
|
akuHavocczz replied at 13-2-2023 09:19 AM
tbh iols pernah kutuk sorang artis ni kat ig dia. hahah. pastu partner dia dm iols marah. What i mea ...
pocongkiutss replied at 13-2-2023 09:27 AM
Bior la..kutuk rupa tu mcm over
Bagi iols biar diorg ni kena mcm Jasmin Hamid buat pada org yg ku ...
pocongkiutss replied at 13-2-2023 09:25 AM
Apis..kalo terbaca komen iols ni..buat macam Jasmin Hamid hari tu..sapa yg kutuk rupa paras anak dia ...
ADVERTISEMENT