Puteri Sarah Liyana terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur akibat mengalami kepenatan sejurus tiba dari Dubai pada Sabtu. Kata Puteri Sarah, 38, dia mula rasa tidak sedap badan dan mengalami batuk sejak berada di Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan umrah dan menanggung kesakitan sehingga kembali ke Malaysia.
“Saya memang tak cukup rehat... penat sangat. Hanya sehari sebelum umrah saya cuti untuk kemas barang. “Cuaca di sana (Makkah) mungkin juga jadi faktor saya batuk. Mulanya ingat boleh tahan, tetapi sampai sahaja Kuala Lumpur semalam saya rasa terus nak tumbang. “Lepas pulang ke rumah, selesaikan berkemas dan makan, saya terus ke hospital,” katanya kepada mStar.
|
becir replied at 13-2-2023 08:31 AM
Camna flight Dubai kl 17 jam jadinya?
becir replied at 13-2-2023 12:31 AM
Camna flight Dubai kl 17 jam jadinya?
zeetot replied at 13-2-2023 08:55 AM
Pakcik makcik balik dari makkah haritu pun, demam seminggu, batuk2, hidung berdarah.
Themilo replied at 13-2-2023 08:49 AM
kan.. weols rasa dalam 7-8 jam jaa..
ADVERTISEMENT