Belum sejam disiarkan secara langsung, Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) menjadi bualan hangat dalam media sosial gara-gara rakaman kamera yang dikatakan kurang memuaskan. Rata-rata netizen berpendapat jurukamera tidak merakam bahagian persembahan yang sepatutnya dipertontonkan kepada penonton di rumah.
“Jurukamera AJL37 alami masalah ke? Berpusing-pusing, pening tengok “Kenapa tidak tunjuk bahagian Azira Shafinaz ketika rap? “Kamera hancur, nasib baik persembahan hebat,” komen netizen. Tidak cukup dengan itu, lirik yang dipaparkan beberapa saat menerusi televisyen turut dikatakan menganggu mood tontonan persembahan lagu Nang nyanyian Iman Troye.
“Kenapa muncul tulisan macam tayangan untuk budak tadika? “Nyanyian Iman dah okey tetapi terganggu dengan ayat yang tidak perlu pun diselitkan,” kata netizen. Isu berkaitan rakaman kamera bukan perkara baharu setiap kali AJL bersiaran dan sudah berkali-kali dibangkitkan dalam kalangan peminat setia pertandingan berprestij tersebut. -CARI Sumber: Kosmo
|
Themilo replied at 13-2-2023 08:48 AM
salah switcher uols. cameraman bukan sorang dua, tapi ramai. bergantung pada switcher la nak tayang ...
lyshafull replied at 13-2-2023 10:42 AM
SEMUA FAILED La
kata anugerah berprestij
tapi sound system hancur gila
prince_marhaen replied at 13-2-2023 10:28 AM
YE SEMAKKKKKKK ye....meols kat Axiata pun semakkkk.. cameraman memang semakkkkkk nak shoot semua bin ...
alesandra replied at 13-2-2023 10:57 AM
Sound system tv3 ni mmg hampeh sejak azali.aku ingat tv rmh aku yg bermasaalah
Themilo replied at 13-2-2023 08:48 AM
salah switcher uols. cameraman bukan sorang dua, tapi ramai. bergantung pada switcher la nak tayang ...
lyshafull replied at 13-2-2023 11:15 AM
nope mmg hampeh iools pi semalam dekat stadium
plg x jelas Marsha i just degar dia jerit2 lagu x ...
ADVERTISEMENT