CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Erra Fazira Seronok Sahut Cabaran Jadi DJ

10-2-2023 04:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2669| Komen: 17

IG


Erra Fazira yang menyambut ulang tahun kelahiran ke 49 tahun pada Khamis menyahut cabaran dengan menjadi penyampai radio Sinar FM.

Bergandingan dengan deejay Faliq Hikyle serta Hefny Sahad, Erra atau nama sebenar Fazira Wan Chek berkata, dia teruja diberi kesempatan bergelar penyampai radio, menambahkan lagi resume kerjaya seninya yang telah bergiat aktif sejak lebih 30 tahun dahulu.



“Kalau berlakon dan menyanyi dah bertahun, Alhamdulillah.

“Bila diberi peluang untuk jadi penyampai radio, task serta cabaran dia baharu.. Tapi sebenarnya, hakikatnya seronok juga jadi penyampai radio ni.

“Pencapaian baru yang terindah buat saya,” kata Erra menerusi satu hantaran video yang dikongsikan di Instagram Sinar FM.

Sementara itu, ibu kepada Engku Aleesya, 14, itu juga turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua peminat yang telah mengirimkan doa serta hadiah sempena ulang tahun kelahirannya.



“Alhamdulillah, hari jadi yang sangat bermakna buat saya bersama keluarga baharu dalam Sinar.

“Tak sangka orang bagi hadiah, bunga, kek dan kopi dan doa daripada Sinarians (pendengar Sinar FM) semua.

“Terima kasih banyak-banyak, semoga doakan yang terbaik buat saya dunia akhirat,” kata Erra.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 10-2-2023 04:20 PM
sorry la kak erra tk best jd DJ
semak asik nk interfrem org bercakap
tone suarat tinggi pulak tu
heran sinar suka sgt jemput dia
Quote rayna_raynes 10-2-2023 05:51 PM
Ya Rabbi semalam aku sampai bebel dgn laki aku kenapala bosan sgt dia ni jd DJ, lepas tu bukak pun lagu2nya je. Tak pasal2 aku mencemar duli dengar Hot FM semalam
Quote mzsnam 10-2-2023 06:11 PM
Edited by mzsnam at 10-2-2023 08:43 PM

Nak tanya erra ni mmg lawa camni tanpa filter ke.dia ni dah 48 kan.tp macam anak dara..apa rahsia
Quote Perawankota 10-2-2023 07:47 PM
mzsnam: Nak tanya erra ni mmg lawa cam ...


Rahsia pertama kena banyak duit.

Rahsia yang lain2 saya tak tau
Quote Cenderakirana9 10-2-2023 08:39 PM
mzsnam: Nak tanya erra ni mmg lawa cam ...


Pernah jumpa dia depan2. Kulit licin. Taktau lah sebab foundation ke apa, tapi memang tak ada la kesan lubang bekas jerawat. And yes memang cantik sangat. Diri sebelah dia rasa kentang betul. In real life dia mesra alam, tak kekwat. Ni pengalaman sendiri la
Quote ReginaGeorge 11-2-2023 09:41 AM
Tak sabar tunggu anak dia pakai braces.
Quote takayama 11-2-2023 11:08 AM
mzsnam replied at 10-2-2023 06:11 PM
Nak tanya erra ni mmg lawa camni tanpa filter ke.dia ni dah 48 kan.tp macam anak dara..apa rahsia

pernah jumpa dia dr zmn dgn awie then kawen dgn yusri then jd single later kawen dgn bpk aleesya, x dinafikan dia mmg cantik dii mata kaka. Kulit muka diia mng nmpk ploles, sejenis x sombong, klu gelak pun xde tapis2, main lps aje, klu dia rs selesa dgn kita maka dia akan peluk kita cam kwn lama plk
pernah terserempak dlm satu event dgn dia dan Amy mastura x memsl jd kecoh sbb amy melatah, dia lah beriya tenangkan a amy ms tu, apa pun dedua nmpk sweet
itu pengalaman kaka jumpa erra
Quote helicornia 11-2-2023 11:13 AM
rayna_raynes replied at 10-2-2023 05:51 PM
Ya Rabbi semalam aku sampai bebel dgn laki aku kenapala bosan sgt dia ni jd DJ, lepas tu bukak pun l ...

Iye sis.dh le sinar petang tu semak dgn org sibuk nk menyanyi suara tk sedap.pastu erra masuk menambah semak.kita dh le serabut dgn jem.iols tuka channel org putih baru aman.yg sinar pun 1 hal tk abis2 panggil caller soh menyanyi tghari petang dh tkde modal lain ke
Quote ajinomotonosuga 11-2-2023 12:58 PM
mzsnam replied at 10-2-2023 06:11 PM
Nak tanya erra ni mmg lawa camni tanpa filter ke.dia ni dah 48 kan.tp macam anak dara..apa rahsia

Mekap je lebih ..mentenen tinggi..perabeh duit je

Luo cantik Ler..dalam semua kecuttttttt...layut n menggelebeh doh..eeeiiiii

Pompuan masuk 40 seme kecut doh..toksah kawin Ler..pi bela anak yatim bnyk pekdah

Berlambakkkk gadis sunti pas SPM switttttt 17 18 19 20s haaaa

Dah itu lumrah alam...nilai jantan n pompuan berkadar songsang

Makin tua jantan makin maaaaahei

Makin tua pompuan makin takdak rege

Tak Caya tanya ipanonline..doktor love porem tu

Suh dia makan obat duluk
Quote Yanaa92 11-2-2023 01:08 PM
Edited by Yanaa92 at 11-2-2023 01:10 PM

Tetap cantik dari dulu
Quote soretos 11-2-2023 01:50 PM
Setahu iolls era peramah orgnya suka melayan org dan pandai bwk diri sebab tu reporter suka dia khennn..slalu kaver dia klu gossip kureng enak gitewww
Quote HabukKayu 15-2-2023 01:31 AM
I wonder siapa la yang suggest suara sengau ni jadik dj. Letih aaaaa
Quote Burong_Hantuk 15-2-2023 08:50 AM
mzsnam replied at 10-2-2023 06:11 PM
Nak tanya erra ni mmg lawa camni tanpa filter ke.dia ni dah 48 kan.tp macam anak dara..apa rahsia

cucuk2 muka dekkkk....muka dia dah kejung plus makeup tebal
Quote Lavender_Violet 15-2-2023 10:39 AM
Sheols jadi DJ permanently ke kat Sinar tu?
Tak pernah dengar & tak pernah tau
Baca porem baru tau...tu pun baru hari ni ku baca thread nih
Sheols ni suara tak sedap ye...jenis suara tak merdu & keras
Quote duri_durians 15-2-2023 02:08 PM
ok je la dia jadi DJ.. boleh masuk ramai2 tu.
daripada berlakon, baik dia DJ..
Quote Burong_Hantuk 15-2-2023 02:33 PM
dia ni suka cakap mcm terjerit2...bingit...
Quote che-cikL 15-2-2023 03:07 PM
Rengsa ramai2 kan, baik dengar klasik aje, sorang je kat konti. Pastu kat IG tunjuk aktiviti DJ Sinar yg konon2 happening, tapi time makan, letak tipuware bersusun tepi tingkap aje kat luar konti apo? Takde pantry yg semenggah sikit ke?

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.038171 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top