Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menjelaskan isu kenderaan yang diletakkan di pejabat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di Hulu Kelang, sebelum ini sudah pun selesai.
Presidennya, Zed Zaidi atau Rozaidi Abdul Jamil, 43, berkata, selepas menyuarakan bantahan kepada Kementerian Komunikasi dan Digital, Finas akhirnya membenarkan kenderaan milik Seniman itu di tapak parkir premis berkenaan selepas empat hari surat dikeluarkan meminta ia dialihkan. Zed berkata, dia juga tidak menolak surat awal dikeluarkan Finas bertarikh 17 Januari lalu adalah bersifat serangan peribadi terhadapnya oleh Ketua Pegawai Eksekutif Finas iaitu Profesor Dr Md Nasir Ibrahim terhadapnya. “Dalam masa empat hari isu itu selesai. Alasan yang dikemukakan untuk mengalihkan kenderaan tersebut adalah kerana mengganggu. Namun akhirnya selepas membuat bantahan kenderaan tersebut mendapat kebenaran diletakkan di situ.
“Sudah empat tahun van tersebut di sana. Ada juga kenderaan persatuan lain. Tidak ada sebarang masalah pun selama ini. Jadi saya anggap ia sebagai satu masalah peribadi,” katanya. Zed ditemui ketika majlis makan malam syarikat ZR Cahaya Sdn Bhd yang berlangsung di Serdang pada malam Khamis. Sebelum ini Finas mengeluarkan arahan kepada Seniman untuk mengalihkan kenderaan tersebut dan ia harus dilakukan sehari selepas sehari surat diberikan. Finas menyebut alasan berbuat demikian adalah kerana ruang parkir di premis berkenaan terhad dan mengganggu urusan majlis rasmi serta mesyuarat yang melibatkan pihak ketiga.
|
ADVERTISEMENT