CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jamal Abdillah Buntu Cari Nama Sesuai Untuk Anak Keempat, Minta Peminat Beri Idea

10-2-2023 02:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4238| Komen: 43

Datuk Jamal Abdillah, 63, memberi peluang kepada peminat untuk memilih nama sesuai buat anak keempatnya bersama isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin, 27, yang dijangka lahir pada 23 Mac ini.

Menurut Jamal, dia juga meminta peminat dan pengikutnya di media sosial untuk sama-sama mencadangkan nama sesuai untuk anggota baharu dalam keluarganya itu.

Foto: IG

"Kalau peminat atau pengikut di laman sosial saya ada nama sesuai dengan maksud yang baik dan indah untuk bayi perempuan kami ini, boleh tinggalkan komen di laman Instagram saya dan isteri.

"Kami masih mencari nama yang sesuai lagi dan isteri pula hanya serahkan pada saya untuk memilihnya," katanya.


Sebagai bapa, Jamal berkata, dia dan isterinya juga tidak sabar menantikan kelahiran bayi perempuan itu sekali gus melengkapkan lagi kebahagiaan rumah tangganya.

"Alhamdulillah, isteri saya, Zai dan bayi perempuan dalam kandungannya juga dalam keadaan sihat serta tiada masalah.

"Usia kandungan isteri juga sudah mencecah tujuh bulan. Setakat ini, semuanya baik-baik sahaja," katanya kepada Harian Metro.

Ditanya sama ada merancang untuk menambah anak lagi selepas ini, Jamal memberitahu, dia dan isteri memutuskan anak keempat itu adalah yang terakhir.




"Saya berasa sudah cukup kami memiliki empat anak iaitu dua pasang anak lelaki dan perempuan.

"Kalau nak tambah anak lagi, saya perlu fikirkan kos untuk kami besarkan dan menyara mereka hingga masuk ke universiti.



"Justeru, fokus kami sekarang untuk membesarkan anak-anak yang masih kecil ini dan memberikan pendidikan terbaik buat mereka," katanya.

Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017. Hasil perkongsian hidup dengan Zai, Jamal memiliki tiga anak iaitu Nur Azura Yamani, 3; El Isaac Yamani atau Zack,2; dan Iskandar Rayyan Yamani yang dilahirkan pada 22 Februari tahun lalu.


Menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal juga memiliki dua anak iaitu Osama Yamani, 20, dan Ahmad Zaki Yamani, 16. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote inspektoremos21 10-2-2023 03:19 PM
Anak baru letak nama zamani..
Quote imanamsyar 10-2-2023 03:24 PM
lorrrrrr..kata hari tu kesian kat bini penat urus anak..alih2 nak keluar yang ke4 dah... kesian dia tu letak kat mana?
Quote rayna_raynes 10-2-2023 03:33 PM
Berderet anak mader. Mantap lagi di usia sebegini
Quote telracs 10-2-2023 03:34 PM
Dia suka ambil nama pemimpin, kan?

Apa kata, letak nama Anwar Zahid?
Quote telracs 10-2-2023 03:36 PM
Eh, kena ada Yamani eh?

Ok, Anwar Zahid Yamani bin Jamal.
Quote telracs 10-2-2023 03:37 PM
Laaa... perempuan kah?
Quote telracs 10-2-2023 03:38 PM
Ok, tukar.

Annur Zahida Yamani binti Jamal
Quote orkidorkido 10-2-2023 03:48 PM
4 berderet, hebat. Congratulations Jamal & isteri. Comey comey anak dia, Zaki Yamani sila jangan jeles dapat adik baru hehe
Quote sayurmayur88 10-2-2023 04:03 PM
tahni'ah .. . . .
Quote TerataiMelur02 10-2-2023 04:18 PM
Letak je la zakuan yamani. Dah.
Quote chekacheku 10-2-2023 04:19 PM
Tahniah..bestnya wife dia..umo 30 je dah start pasang body..ank2 pastu nmpk sama baya
Quote alesandra 10-2-2023 04:24 PM
Jauh nya beza umur ...
Quote kucingitam 10-2-2023 04:28 PM
comelnya tok mal jaga baby
Quote maharani_gebu 10-2-2023 04:43 PM
ppuan lg kan....

letaklah Nur Seroja Yamani
Quote KamikuP 10-2-2023 05:09 PM
Tahniah ye Tok Mal.
Saya cadangkan nama Nur Abdadah hokey tak tok?
Quote anilanil 10-2-2023 05:11 PM
Baby girl: Izzah Madani Yamani
Baby boy: Anwar Madani Yamani
Quote akuHavocczz 10-2-2023 05:15 PM
anilanil replied at 10-2-2023 05:11 PM
Baby girl: Izzah Madani Yamani
Baby boy: Anwar Madani Yamani

ahahahahah
Quote ekselen 10-2-2023 06:07 PM
Edited by ekselen at 10-2-2023 09:19 PM

Nur Zakurani binti Jamal la... Zack + Azura + Yamani (haku edit)
Quote margo20 10-2-2023 06:52 PM
Nur Jamaliah Abdalilah

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.058260 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top