Sissy Imann tidak serik untuk menjayakan mana-mana program realiti nyanyian yang membabitkan barisan juri selepas ini. Katanya anyak ilmu dan pengalaman yang diperoleh penyanyi sepertinya menerusi komen yang diberikan juri dalam pertandingan nyanyian.
"Tiada istilah serik untuk buat program realiti nyanyian yang ada juri selepas kejadian yang berlaku dalam Famili Duo sebelum ini. Sebenarnya, saya memang suka dengan program realiti nyanyian yang ada komen juri. "Memang bagus untuk kita mendapat teguran daripada juri dalam persembahan. Sama seperti kita belajar di sekolah, guru adalah juri yang menilai prestasi kita," katanya kepada Harian Metro. Sissy yang sudah sedekad menceburi bidang nyanyian berkata, dia juga melihat setiap komen juri dalam persembahan dari sudut yang positif.
|
ADVERTISEMENT