CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Boleh Jalan, Hanya Terlantar- Perut Budak 11 Tahun Membusung Besar, Terpaksa Berhenti Sekolah

10-2-2023 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 386| Komen: 5

Kota Bharu: Umurnya baru 11 tahun tetapi perlu menanggung derita apabila mengalami ketumbuhan dalam perut yang menyebabkan pergerakannya terhad dan terpaksa berhenti sekolah sejak lebih setahun lalu.


Sejak disahkan mempunyai ketumbuhan cyst atau Teratoma pada Ogos 2021, kehidupan anak sulung daripada dua beradik, Nor Ariana Mohd Shahrul Afendi berubah 100 peratus berikutan perutnya yang membesar dan kini melebihi 30 sentimeter (cm).

Ibunya, Siti Nazirah Razali, 33, berkata, pada Ogos 2021, anaknya dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selepas mengadu sakit di bahagian perut sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.


Foto: Harian Metro

Katanya, ketika di HUSM, pakar perubatan mengesahkan anaknya menghidap Teratoma atau ketumbuhan dalam perut dan terpaksa melakukan rawatan kemoterapi.

"Selepas enam kali kitaran rawatan kemoterapi, ketumbuhan di dalam perut anak saya tidak menunjukkan sebarang perubahan, malah anak tidak boleh berjalan dan terlantar selama empat bulan.


"Anak sepatutnya melakukan pembedahan tetapi mempunyai risiko yang tinggi. Ekoran daripada itu, doktor tidak dapat melakukan pembedahan terhadap anak kerana keadaan perutnya yang membusung dan akan membahayakan nyawa sekiranya pembedahan diteruskan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pauh Belukar, Badang, Jalan PCB hari ini.

Ibu kepada dua anak itu berkata, dia terpaksa menghentikan rawatan kemoterapi terhadap anaknya buat seketika bagi mendapatkan rawatan lain.

Siti Nazirah berkata, dia dan suaminya, Mohd Shahrul Afendi Mat, 36, membawa anak sulung mereka mendapatkan rawatan di Kuantan, Pahang dan berharap anaknya kembali sembuh seperti sebelum ini.

"Selepas setahun menjalani rawatan, anak saya kini sudah semakin sihat dan boleh berjalan seperti sedia kala walaupun perutnya masih membusung.

"Namun, anak saya tidak dapat meneruskan persekolahan sejak lebih setahun yang lalu berikutan mempunyai risiko tinggi kerana dia tidak boleh duduk terlalu lama," katanya.

Menurutnya, anaknya mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan sejak Mac tahun lalu, keluarga dan jiran, selain bantuan daripada badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser (PESONA) Malaysia.

Sementara itu, Nor Ariana melahirkan rasa rindunya untuk kembali bersekolah, namun tidak dapat berbuat demikian kerana perutnya yang semakin besar.

"Saya harap kembali sembuh kerana mahu meneruskan persekolahan. Untuk melepaskan rindu saya akan membaca buku di rumah," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote sayurmayur88 10-2-2023 03:29 PM
ya Allah, sedihnya, semoga ada jalan utk berubat.
Quote Zazama 10-2-2023 01:00 PM
Mudah2an ada jalan keluarnya utk kesembuhan buat kamu ye dik. Inshallah..
Quote whimsicalmusic 10-2-2023 12:47 PM
xde private hosp yg blh bg second opinion ke? kesiannya bdk2 da hadap benda ni
Quote Buritan 10-2-2023 12:33 PM
margo20: Nape tak operate time mende tu ...
Kata tak boleh opeerate.. risikooo
Quote margo20 10-2-2023 11:12 AM
Nape tak operate time mende tu kecik lg?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.030408 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top