CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Doktor Hospital Kemaman Cabul Budak 12 Tahun, Siap Rakam Guna Handphone

10-2-2023 10:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4581| Komen: 39

Kuala Terengganu: Seorang doktor perubatan di Hospital Kemaman dipercayai mencabul seorang pesakit kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Wad Kanak-Kanak di hospital tersebut.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata doktor lelaki berusia 30 tahun itu ditahan pada 1.50 tengah hari semalam, selepas pihak polis menerima laporan yang dibuat ibu mangsa pada malam Rabu.



Gambar Hiasan

"Mangsa memaklumkan bahawa suspek adalah seorang doktor yang merawatnya dan melakukan perbuatan tidak senonoh serta merakam gambar mangsa melalui telefon bimbit milik suspek. Kejadian berlaku di bilik rawatan wad tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Rohaimi berkata telefon bimbit milik suspek turut dirampas bagi membantu siasatan.

Katanya pihak polis percaya terdapat ramai lagi mangsa kanak-kanak perempuan, berdasarkan penemuan awal terhadap beberapa gambar dalam telefon bimbit suspek.


"Siasatan lanjut akan dijalankan dan rakaman percakapan saksi lain akan diambil sebagai keterangan di dalam kes ini," katanya.

Katanya suspek akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk mendapatkan perintah reman bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote margo20 10-2-2023 10:21 AM
Haiyo lepasni jumpa doc kena pakai dashcam kt kepala
Quote mikasa 10-2-2023 10:22 AM
Petis ke ni......
Quote Belibis 10-2-2023 10:50 AM
Sumpahang ikang belukang asdang.
Quote manehnya 10-2-2023 11:06 AM
ergh.. jijik! doktor ni msti fetish budak2 sunti... babik! dah la x bg waris masuk dalm ER tgu ...


kt sapa lg boleh percaya? doktor buat kerja mcm ni
Quote felinecat 10-2-2023 11:11 AM
Alamak, lepas ni doc pon perlu body cam. Gilo betul. Kalau yg mcm ni xkene tarik ke lesen. Bahaya betul
Quote tungkai 10-2-2023 11:12 AM
ramai lagi mangsa kanak-kanak perempuan, berdasarkan penemuan awal terhadap beberapa gambar dalam telefon bimbit suspek.


Mula2 nak bersangka baik mungkin utk medical report. Memang masak la ko..
Quote alieyrina 10-2-2023 11:13 AM
Babi nya. hantar babi hutan kat umah dia
Quote nononcrux 10-2-2023 11:25 AM
ye ke btl tak betul.. bdk darjah 6 sekarang ni bukan mcm dulu, dewasa sebelum umur.. tapi ntah lah ade bukti betul la tu
Quote Atata 10-2-2023 11:31 AM
Alamak mcm susah nak terus salahkan doctor tu. Selalu sgt doktor2 ni ambil gambar body parts yg luka lah cedera la. Nnt dorang upload kat media sosial utk buat posting @ content for knowledge la. Tapi tengok jugak lah kecederaan budak tu kat mana, and gambar dia ambik tu kat mana kan. Kalau cedera kat mulut tp gambar nenen yg dia ambik tu mmg terang2an
Quote Kentot_Wangi 10-2-2023 11:33 AM
Doc pedooodoooo
Quote farhani87 10-2-2023 11:40 AM
Kat hospital sekarang kalau doktor lelaki nak buat pemeriksaan dorang akan panggil nurse perempuan sebagai chaperone.
Quote gideoncross 10-2-2023 11:57 AM
nononcrux replied at 10-2-2023 11:25 AM
ye ke btl tak betul.. bdk darjah 6 sekarang ni bukan mcm dulu, dewasa sebelum umur.. tapi ntah lah a ...

Dlu msa iol msih lgi Drjh 4, dh ada budak llaki Drjh 3 yg dh thu mnggunakn prktaan "Pelacur".
Quote nuryakmal 10-2-2023 12:09 PM
Bukan ke kena ada penjaga atau misi sekali kalau buat check up. Pelik lak aih
Quote pittjie 10-2-2023 12:46 PM
farhani87 replied at 10-2-2023 11:40 AM
Kat hospital sekarang kalau doktor lelaki nak buat pemeriksaan dorang akan panggil nurse perempuan s ...

bukan sekarang je.mmg procedure dari dulu kan. so far aku gi hospital atau klinik mmg mcm ni la. kalau doc lelaki yang examine .. yang kita kena baring especially .. mmg dia akan tunggu pembantu perempuan atau nurse perempuan ada sebelah dia baru dia perform any procedure.

Quote little_sis 10-2-2023 12:48 PM
Patut ada nurse.. mana nurse pergi masa pemeriksaan tu dibuat.. sempat amik gambar bagai.. naye je budak tu
Quote whimsicalmusic 10-2-2023 12:49 PM
eee babi nya prangai doctor ni
Quote myakayina 10-2-2023 01:02 PM
kesiannya budak tu..celaka punya doktor..
Quote miss_strangers 10-2-2023 01:12 PM
Aku risau xkena pecat je. Biasa penjawat awam even kes rogol susah nak kena pecat. Paling2 pon hantar kat tempat lain. Jangan doktor pedo ni kena hantar hospital pedalaman sudahler
Quote miss_strangers 10-2-2023 01:14 PM
gideoncross replied at 10-2-2023 11:57 AM
Dlu msa iol msih lgi Drjh 4, dh ada budak llaki Drjh 3 yg dh thu mnggunakn prktaan "Pelacur".

Iol pernah mengajar darjah 2 Kelas hujung , ada budak lelaki mengadu, waktu kat tandas kawan Kelas dia gesel zakar belakang dia. Rupanya budak tu Tau lepas tengok Abg dia Kat Rumah tengok cerita porno. Ni kisah tahun 2011 la.

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:39 PM GMT+8 , Processed in 0.111881 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top