CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

17 Tahun Menjanda, Dj Lin Tak Sanggup Jadi Penyondol Semata-Mata Nak 'Berlaki'

10-2-2023 10:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1008| Komen: 5

Walaupun dah menjanda 17 tahun, DJ Lin tidak pernah terfikir untuk bergelar isteri kedua hanya semata-mata ingin kembali hidup berumah tangga.

Kata DJ Lin atau Roslinda Abdul Majid, 47, meskipun soal jodoh adalah di luar kawalan seorang manusia namun dia seboleh-bolehnya mengelak daripada menganggu kebahagian orang lain.


Foto: IG

"Apabila bercakap tentang jodoh, kadang kala ia diluar kawalan kita. Akan tetapi, seboleh-bolehnya kita elakkan. Kenapa kita perlu kacau kebahagiaan orang?

"Kalau kita kacau kebahagiaan orang, mungkin satu masa nanti ia akan berbalik kepada diri kita.

"Ramai lagi yang bujang di luar sana dan sepadan dengan kita. Kalau boleh, daripada kita menganggu hak orang, menganggu rumah tangga orang, ada lebih baiknya kita pilih yang bujang," katanya kepada mStar.



Dalam pada itu, DJ Lin berkata, selepas 17 tahun hidup solo, dia menyifatkan kehidupannya bersama dua anaknya sebagai sudah cukup sempurna dan tidak terlalu memikirkan soal perkahwinan.

Bagi DJ Lin, fasa percintaan sudah lama berlalu dan bukan mudah untuk mencari pasangan setaraf serta serasi dengannya.



Untuk rekod, DJ Lin bercerai dengan bekas suami pada 2006 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nureen Aresya, 22 dan Nazren Asyran, 20 tahun. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 10-2-2023 10:38 AM
halah3, da kertu feeling nk jadi penyondol..puihhh..bebawak la jumpa bomoh acik oii da la asyik2 ckap kena sihir sbab pcaya ikan puyu melompat keluar akuarium tu tanda anak jin sauk ikan tu..apooooo
Quote gideoncross 10-2-2023 11:51 AM
Sikit2 penyondol, dh mcm xde hal lain. Klaunya llaki tu approach baik2 pstu istri prtma pun mmbnarkan, tu buknnya pnyondol.
Quote msdummy.2018 10-2-2023 12:08 PM
Halah2...sma salah sondol...laki masing2 sma baik2 acah2 teraniaya....yerlah
Quote tigerads 10-2-2023 12:20 PM
penyondol ni bkn ke jika lelaki x melayan pompuan terhegeh² nak kan jantan??

yg jantan mengejar pompuan bagai kucing nak mengawan tu dipanggil apa? pecinta wanita??? bini dia masih kata yg pompuan tu penyondol??

ohh duniaaa..x adil...
Quote Lavender_Violet 10-2-2023 12:26 PM
Iols percaya je selama 17 tahun menjanda tu ada je laki orang gatal miang yg approach dia
17 tahun lepas sheols muda lagi kot
Betul lah dia ckp tu...kalau nak dia boleh je jadi penyondol tp dia x desperate nak berlaki
Even skrg pun walau dah masuk kategori kertu, iols purcaya mesti ada jugak jantan yg menggeletis cuba merapati sheols
Stay classy DJ Lin...jgn rembat laki org
Mak janda skrg jadi rebutan lelaki kategori hanak hekan

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.058547 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top