CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kita Kan Perempuan, Emosi Tak Stabil,"-Teman Wanita Mengaku Salah Sebar Aib Ameerul Asyraf Bercumbu

10-2-2023 09:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2658| Komen: 17

Teman wanita Ameerul Asyraf Mohammad mengaku salah memuat naik video aksi sumbang kekasihnya itu dengan seorang wanita yang sedang bercumbu di sebuah kelab malam di TikTok miliknya.

Eyra Zirah, 23, kata dia terlalu mengikut emosi selepas berasa berang apabila menerima salinan video berkenaan daripada individu tidak dikenali menerusi Telegram.


Tanpa bertanya lanjut kepada Ameerul, dia terus memuat naik video berkenaan di TikTok dan tidak menyangka ia tular di media sosial.

Foto: IG

"Sebenarnya ada orang hantar video tu. Saya tidak tahu pun video itu video lama ke apa. Kitakan perempuan, bila saya terima video tu terus emosi rasa tidak stabil.

"Selepas saya menghantar video itu kepadanya, saya terus menyekatnya di WhatsApp. Saya rasa dia pun ada menghubungi keluarga saya, tetapi saya tidak mahu melayan kerana mahu diberikan masa," katanya kepada mStar.




Dalam pada itu, Eyra berkata, dia akan memadam video tersebut daripada akaun media sosialnya kerana tidak mahu memanjangkan lagi isu berkenaan.

"Memang saya akan padam video itu kerana keluarga saya tidak pernah ajar kalau orang buat salah, kita buat balik kepadanya.

"Waktu itu saya memang marah dan tidak boleh berfikiran waras. Saya mengaku memang salah saya terus viralkan video tersebut.

"Saya memang akan padam video itu, beri saya sedikit masa untuk bertenang," ujarnya.



Dalam pada itu, mengulas mengenai soal bertunang yang disangkal Ameerul, Eyra enggan mengulas lanjut sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada pelakon drama Leftenan Zana itu.

"Biasalah artis, kan... kalau dia cakap macam itu mungkin sebab dia mahu menjaga privasi dan tidak mahu menjaga kariernya.

"Tapi kalau dia dah cakap macam itu, dia tak ada rasa nak bertunang ke apa, terpulang kepadanya," katanya.



Terdahulu, Ameerul mengakui lelaki di dalam video berkenaan adalah dirinya namun menjelaskan rakaman tersebut merupakan video lama iaitu sekitar 2019.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lightheaded67 10-2-2023 09:51 AM
euw. dia yg buat perangai, pastu semua fomfuan naik skli. apoo very the sekolah rendah.
Quote esbok 10-2-2023 10:08 AM
scary gini, kene tuil terus meloncat. tak sempat pikir
Quote virgocircus 10-2-2023 10:12 AM
Jaga2 dgn kawan mcm ni ..nnt bila dah x kawan abes segala benda terlondeh. Skeri woman
Quote cruz2 10-2-2023 10:14 AM
Berkali kali malu.. Yg paling malu bila si jantan tk ngaku ada plan nk bertunang yer? Defensive sgt nko ni dekk. Dan jgn pukul rata semua pompuan sama pe'el mcm nko tau
Quote myakayina 10-2-2023 10:19 AM
sapa 2 ekor ni? tak kenal..
Quote jlo 10-2-2023 10:30 AM
lawak nye ...tah2 pasni laki tu tingal kan dia
Quote kuihlopez 10-2-2023 11:05 AM
Sapo dorang ni?
Quote Ciktiekus 10-2-2023 12:30 PM
Percubaan utk femes ke ni..
Quote lolita737 10-2-2023 12:33 PM
la..mati2 ingat si aedy asyraf tu..rupa2nya pelakon tambahan sajoooo..
Quote rogayahtop 10-2-2023 07:12 PM
jantan cemolot merata2 ni geli nok. nak2 melayu muslim. kalau jantan melayu jenis pemurah tote semua org dia bagi termasuk la spesis sajat pun.
tula pasal pompuan jgn anggap varginah tu pree  utk semua jantan bila berkapel je duk bagi test. mmg la tak luak pun tp jantan bukan jenis cukup satu varginah ni mmg semua dia nak rasa.

tumpang simpati tp sila belajar menghargai varginah sendiri.
Quote hudalarva 10-2-2023 07:18 PM
bila dah upload ke socmed... nangis ayer mata darah pun benda tu takkan padam sis walaupn uols ni whoareyuss di mata netizen...
Quote Hoola 10-2-2023 07:41 PM
#semakkkkkkkkkk
Quote alieyrina 10-2-2023 07:46 PM
Nak curi limelight bella setilah ka dekk
Quote exclusive_vvip 10-2-2023 07:51 PM
ntah2 pakat je sesama diorg..demi sesuap attention
Quote doubleA 10-2-2023 07:53 PM
Red flag both pompuan laki, so yg lain pls run for your life. Nampak sangat cikki ni nak femes, pelakon tu sendu je pun like no one cares
Quote nuryakmal 10-2-2023 09:01 PM
Eh. Ko yg emo kata org perempuan lain plk.
Quote kucing_gebu 10-2-2023 09:26 PM
Alahai, jantan berkerak aka retis sendu ni jer punnnn.. huhuhu...mesti perasan habis dpt bercouple dgn retis (walaupun nan hado )

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.034324 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top