CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Stupid Grxb Malaysia, Bab*…” – Michael Ang Mengamuk Rider Tak Tekan Loceng, Tak Telefon Masa Hantar Barang

10-2-2023 10:00 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 4880| Komen: 63


Pengarah terkenal, Michael Ang Hai Swee baru-baru ini mengamuk selepas tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Grab Malaysia.

Menerusi satu hantaran video di akaun Instagram miliknya, Michael Ang meluahkan perasaan marah terhadap ‘rider’ Grab Malaysia. 


Jelas Michael, beliau telah memesan makanan di aplikasi Grab Malaysia namun, rider tersebut telah meninggalkan barangan yang dipesan di atas tembok rumah tanpa menekan loceng rumah atau menghubunginya terlebih dahulu. 

"Assalamualaikum gais, i nak tanya you all tentang isu ni. Ada siapa pernah ada pengalaman ni? You duduk rumah landed property, you order Grab..berapa kali dorang tak tekan loceng dan tak call i sebab i tengah memerut. 

Banyak kali, aku order Starbuck sampai Starbuck aku cair. Aku ok lagi sebab kau tinggalkan benda tu. Salah aku sebab aku pergi memerut aku tak bawa fon aku terima."

"Tapi hari ni lain, aku order daging ada lah semua benda i nak masak hari ni. I order daripada pasaraya. Dia kata dia datang rumah aku, loceng kau tak tekan... aku ada CCTV recording kau tak tekan doorbell. Lepas tu kau tekan kat butang dah delivered. Kepala bapak kau"

"Sejak bila aku delivered, kau letak kat tembok tu aku boleh terima lagi, Ni kau tekan delivered tapi barang tu tak ada. Tak payah korang nak propa" ujar Michael.

Michael yang sangat kecewa dan bengang dengan tindakan rider tersebut telah menghubungi Grab Malaysia untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara ini.

"Bila cakap dengan customer service, dia cakap rider tu dah tunggu 10 minit. Prosedur dorang tunggu 10 minit selepas tu suruh disposed. Mana bukti yang you dah disposed benda tu atau korang bawa balik masak rendang sendiri. Bxbi...Haa geram aku." tegasnya lagi.

Dalam pada itu, Michael turut berkongsi butiran rider tersebut di satu hantaran yang lain dan memberikan cadangan supaya customer service  harus diberi training yang betul sebelum menjawab sebarang aduan.  




Diruangan komen, rata-rata netizen turut menceritakan pengalaman sama seperti yang dilalui oleh Michael. 



Marah betul Michael, siapa tak marah kan order barang cakap dah terima tapi barangnya tak ada. Korang pula bagaimana, adakah pernah pengamalan yang sama seperti Michael Ang? - CARI






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jiwarasa 10-2-2023 03:08 AM
Kalau kes delivered tapi barang kena disposed tu tak pernah kena lagi...kalau tinggal atas tembok pagar tu selalu.biasa rider tekan doorbell kalau tak keluar dia letak atas tu.tapi i tau je sebab mmg slalu cek rider dah otw blom
Quote LembingDayanti 10-2-2023 03:14 AM
si bangang ni takkan la tak dapat noti kat app grab dia. masa rider keluar restoran dah ada noti. masa half way ke rumah kau ada noti. dah nak sampai ada noti. dah delivered rider akan ambil gambar dan send kat app. amenda si tua kerepot ni??? hebat sgt kau???
Quote cmf_ctrl 10-2-2023 03:24 AM
LembingDayanti replied at 10-2-2023 03:14 AM
si bangang ni takkan la tak dapat noti kat app grab dia. masa rider keluar restoran dah ada noti. ma ...

Kan dia cakap dia tengah memerut..rider x tekan loceng
Quote Perawankota 10-2-2023 04:37 AM
Selalu food panda yg suka x call, x msg.. Tiba2 food dah delivered.. Sebelum ni food kena amik kt lobby. Skang kena anta depan umah, nasib baik semua pandai tekan Bell.
Quote antiQue 10-2-2023 05:05 AM
Edited by antiQue at 10-2-2023 05:08 AM

Sendiri lah salah.. Dia kata grab kan? Dah tau order grab, alert lah.. Kalau grab kan dia dah letak estimated time of arrival, Siap ada live map lagi kedudukan rider kat mana. Standby lah. Kalau tak tahan nak memerut pun boleh aja message chat dengan rider.

Awat.. Dia ingat rider ni keje tunggu dia ke? Ngok.
Quote entahnokss 10-2-2023 06:51 AM
Adoi ada2 je dia ni
Quote akuMNdia 10-2-2023 06:56 AM
order makanan/barang guna e-hailing kena la sendiri alert.
aku pun selalu jer rider tak tekan loceng tapi tu semua hal kecik.. yg penting ko alert.
lebih2 lg boleh detect rider dah sampai mana kat apps tu kan.

Quote cm_vungtau 10-2-2023 07:16 AM
Jahatnya siap letak nama orang tu lagi. Pemalas. Pergi la kedai sendiri
Quote bulalof 10-2-2023 07:19 AM
demi content....
Quote lasagnaklcc 10-2-2023 07:37 AM
Faham lah kenapa MA marah walau salah sendiri. Kenapa rider tekan delivered walau sbnrnya tak. Dah la ada bukti cctv. Next time bukak gate sikit pesan tinggalkan atas kerusi. Pastu memerut la dgn senang hati.
Quote scarflicious 10-2-2023 07:38 AM
Tak pernah lah Ang oi. Semua call or wa bgtau kat mana dia letak or aku check ja kat notification.
Emo lah ko ni
Quote Rogue98 10-2-2023 08:00 AM
So far takde masalah pun...aku selalu standby jer tunggu sebab tau riders ni pun rushing nak deliver yg lain. Dia ni tak tau nak check ke ada function kat apps tu boleh locate rider kat mana.
Kalau cancel mmg rider tu call bagitau. Refund pun dapat within 1 hour.
Quote anilanil 10-2-2023 08:22 AM
Acik maikel, ko kreatif sikit bole tak? Sangkut le bakul kat pagar. Print siap2 note "sila letak brg disini, ada CCTV" pastu acik laminate. Alert dgn notification kat henpon. Jamban acik kecik sgt ke sampai takde space nak letak henpon? Takpon sent chat siap2 kat rider sblm memerut.
Quote cmf_ctrl 10-2-2023 08:22 AM
cmf_ctrl replied at 10-2-2023 03:24 AM
Kan dia cakap dia tengah memerut..rider x tekan loceng

Dia memerut masa hantar air starbuck tu.masa hantar  daging tak kan memerut jugak?? Dia bengang sebab tiba2 delivered tgk barangnya xde
Quote olezzeli17 10-2-2023 08:24 AM
Saya tak pernah order barang or makanan guna grab or Foodpanda.. selalu guna runner biasa je. Kalau saya dh tau ada order apa2, saya dh standby awal duduk kat ruang tamu. Sebab tak suka buat orang tertunggu2, kesian. Selalu sangat tengok rider² ni sampai berhujan2 tunggu jiran² saya keluar nk ambik barang.
Quote vanillaninja 10-2-2023 08:47 AM
I pun kadang2 tak dapat notification on phone. Bell tak ring. Tapi tak pernah lagi meroyan sebegini rupa sebab I rajin check apps. Tengok status rider dekat mana. Reti order, takkan tak reti check?

Then kalau tak puas hati dengan service rider, bagi la rating sekali dengan kritikan membina
Quote hzln 10-2-2023 08:47 AM
Tak pernah ada masalah pun. Sendiri order sendiri alert la status order tu, rider tgh ada kat mana etc.
Dah tau slalu order online, sediakan lah bekas kat mana2, senang dia sampai buh je situ. Kita mudahkan urusan orang, orang mudahkan urusan kita. Kita pun blh senang lenang nak buat apa2, tak perlu tercongok dpn talipun sentiasa
Heh, acik siap antar chat kat rider, kalu tgh ada roadblock just b4 address akak (sini mmg lubuk polis trapik buat operasi), hati2 jgn langgar redlight, ada polis...haaa gitu
Quote Madel 10-2-2023 08:57 AM
Dah tau order grab , jam tu la nak terberak la apa la.Gi la berak dulu siap2
Tak kan tiap kali order grab, tiap kali runner yg bermasalah.
Diri sendiri yg stupid babi.
Quote sikatkutu 10-2-2023 09:03 AM
Dia meroyan sebab barang dia katanya disposed..tak call tak tekan loceng pun.rider tiba2 tekan delivered tp barang ntah mana pergi

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.031822 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top