CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Almy Nadia Nak Cuba Kuruskan Badan Lepas Habis Susukan Anak

9-2-2023 07:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7461| Komen: 89

Datin Almy Nadia sering menjadi bahan ejekan dan kritikan netizen gara-gara peningkatan berat badannya yang mendadak sehingga ada memintanya menguruskan badan.

Suami Almy, Datuk Fizz Fairuz bagaimanapun tetap setia dan menerima seadanya keadaan fizikal isterinya malah pasangan itu dilihat semakin bahagia ditambah dengan kehadiran anak-anak di sisi.


Dipuji sebagai seorang suami budiman, Fizz atau Fairuz Zainal Abidin, 43, bagaimanapun berkata, dia tidak pernah memandang fizikal Almy sebagai perkara buruk sebaliknya dia tetap setia dengan janji pernah dikotakan kepada isteri ketika mereka berkahwin.


Foto: IG

"Itulah lumrah hidup saya... Apa yang saya cakap itulah yang saya kotakan. Apa yang saya nak itu saya cuba sampaikan kepada orang luar. Benda itu lahir daripada kita sendiri. Apa kita mahu daripada keluarga dan rumah tangga kita," katanya kepada mStar.


Dalam pada itu, Fizz mengakui, Almy ada meluahkan hasrat menurunkan berat badan namun dia bimbang sekiranya perkara itu akan menjadi beban kepada suri hatinya itu.

Pun begitu, Fizz tetap menyokong segala keputusan dibuat Almy selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan.

"Kalau dia nak kurus untuk kesihatan saya okay, tapi kalau benda itu boleh memudaratkan saya syorkan baik jangan. Dia ada benda nak kena buat, dia ada benda nak kena tanggung.

"Saya sebenarnya kesian... takut dia terlalu ikut perasaan sebab nak kurus.


"Benda itu (kuruskan badan) bukannya benda mudah. Saya tak mahu dia terbeban. Kalau dia betul-betul nak buat, terpulang, saya cuma boleh sokong dan dorong dia sahaja," katanya.

Dalam pada itu, pelakon filem Munafik itu memberitahu Almy merancang untuk kembali mendapatkan bentuk badan ideal selepas anak bongsu mereka tidak lagi menyusu badan.

"Insya Allah satu hari nanti korang akan lihat Almy Nadia yang 2015 atau 2016, korang tunggu. Dia ada impian nak kuruskan badan cuma sekarang ini dia ada anak yang menyusu jadi dia kena makan untuk pastikan air susu mencukupi. Saya tak nak hadkan dia untuk putus susu ke apa.

"Bagi anak besar sikit selepas itu kalau dia nak kurus tiada masalah. Kita cuba kalau boleh turun.... kita turun kalau tidak maintain berapa yang boleh. Bentuk badan yang dulu pun dah okay," ujarnya lagi.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Fizz berharap agar isterinya terus kuat dengan pelbagai teguran dan sindirian mengenai bentuk badannya.



"Mulut orang tak boleh nak tutup, kena kuat. Sebab kita adalah public figure kita kena terima kritikan apa sahaja. Jangan jadikan perkara itu satu halangan untuk pergi ke arah yang lain.

"Kena kuatlah, macam mana saya boleh kuat dia kena kuat," kongsinya.

Untuk rekod, Fizz dan Almy berkahwin pada 26 April 2014 dan dikurniakan empat cahaya mata perempuan iaitu Afrina Arianna, 6, Afrina Aurora, 5, Afrina Ayra, 4 dan Nur Afrina Aisyah, 2. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote telracs 9-2-2023 07:42 PM
Go Almy Go!!!
Chayuk!
Chayuk!
Quote AcikBuncit 9-2-2023 08:21 PM
Faktor umur pn iye metabolisme makin turun.. Makin susah nk krus cpt. Kalo bnyk duit, smbil2 bsenam tu buatla rwatan bakar lemak ke apa kalo nk sgt krus cm dlu
Quote Mamajiyem 9-2-2023 08:23 PM
Boleh kurus tu..iols breastfeeding anak iols bole turun 13 kg..happy sgt
Quote lightheaded67 9-2-2023 08:29 PM
ala takyah pressure la. datok kan, beli aje treadmill yg jenis boleh incline tu ha. smbil tgk anak dlm romah jalan atas treadmill feeling jalan naik bukit
Quote cap_ayam 9-2-2023 08:32 PM
Selamat berjaya!
Quote cm_vungtau 9-2-2023 09:49 PM
Siapa la yang mulut jahat sangat tu kutuk dia. Ko tak nampak ke anak berderet tu? Suka hati dia la nak kurus ke tak. Selalu perempuan yang kurus lepas bersalin tu semua yang pemalas entah2 susu badan pun takde. Sibuk nak kurus punya pasal. Anak dia menyusu lagi, biar la dia.
Quote arffa 9-2-2023 09:56 PM
cm_vungtau replied at 9-2-2023 09:49 PM
Siapa la yang mulut jahat sangat tu kutuk dia. Ko tak nampak ke anak berderet tu? Suka hati dia la n ...

Dalam forum ni pun ramai mulut jahat body shaming dia, selain penjual - penjual supplement kurus dan PT yang kononnya pandai jaga badan tapi lama dah tak selfie badan sendiri asyik tunjuk muka je. setiap orang ada struggle masing - masing. siapa yang try to loose weight je faham struggle tu sementelah kita mmg suka makan
Quote bluecrystal 9-2-2023 10:02 PM
kalau aku time nyusu la kurus..da wean off..kurangkan nasi pun macam dipam pam..tapi elok almy buat suku suku separuh..kena jaga takut BP tinggi
Quote 3480 9-2-2023 10:05 PM
Almy klu kurus.. letopppp
Quote heythere123 9-2-2023 11:15 PM
Edited by heythere123 at 9-2-2023 11:40 PM

tapi dekat sini bukan kutuk dia sebab gemuk. Forumer banyak yg kesiankan dia sebab muda2 dah cenggitu saiznya.

Bila dah obes, penyakit mudah nak datang. Risiko kesihatan la sebab dia dah la anak berderet, beranak rapat2.

Kalau uols baca komen forumer, seketul dua je yg bodyshame. Majoriti kesiankan dia so jangan la pukul rata kata semua bodyshame dia
Quote melinda_kerr 9-2-2023 11:18 PM
Mcm susah jer klau duk buat review mcm2 mknan. Baikla dia kontrol anak die yg sulong tu jugak. Sama2 mkn food review omak nya jugak, takut kecik2 dh kena kencing manis.
Quote heythere123 9-2-2023 11:40 PM
melinda_kerr replied at 9-2-2023 11:18 PM
Mcm susah jer klau duk buat review mcm2 mknan. Baikla dia kontrol anak die yg sulong tu jugak. Sama2 ...

tu la, part tu taknak pulak dia ambik kira.
Quote cm_vungtau 10-2-2023 12:02 AM
Edited by cm_vungtau at 10-2-2023 12:03 AM
arffa replied at 9-2-2023 09:56 PM
Dalam forum ni pun ramai mulut jahat body shaming dia, selain penjual - penjual supplement kurus d ...


Betul la. Semua orang ada struggle masing2. Ada orang anak ramai badan masih macam papan. Ada orang macam dipam2. Sebenarnya nak kurus memang susah, walaupun ada sesetengah orang cakap diorang tak kisah gemuk, tapi in actuality mesti la dia kisah. Tapi nak kurus tu memang susah. So sama2 lah kita memahami struggle masing2.

Ai tak la gemuk, tapi I anak dua aje. So I tengok orang anak berderet memang rasa kesian kadang2. Entah2 dia buat food review tu untuk dapat duit lebih juga. So tak perlu la nak body shame orang, especially kalau ibu menyusu atau mengandung.
Quote aduh2sayang 10-2-2023 12:07 AM
harap berjaya .buktikan pada netizen almy. jadi kurus macam dulu balik mesti cantik
Quote Lilipelangi 10-2-2023 12:59 AM
Almy boleh!
Quote DARSITA 10-2-2023 02:34 AM
AcikBuncit replied at 9-2-2023 04:21 AM
Faktor umur pn iye metabolisme makin turun.. Makin susah nk krus cpt. Kalo bnyk duit, smbil2 bsenam  ...



Tak juga. Ada kawan CARI forum, size badan mcm Almy tapi sekarang dah mengecil. Dia cuma amal jalan kaki. Mula mula 1km last puluh km. Dlm masa setahun lebih jer dah ada perubahan.


Almy lepas hantar anak ke sekolah eloklah dia push stroller bawa anak kecil round taman, hujung minggu bawa satu family tawaf mana mana taman mcm di Putrajaya. Pokok pangkalnya mau dgn tak mau jer :-)


Quote starcity 10-2-2023 02:44 AM
Jalan mudah nak kurus kalau malas execise just puasa je. Tak pun buat Intermittent Fasting. Tp kalau jenis asyik nk mengunyah je sepanjang masa mmg payah la. Nak seribu daya. Org nk dia loose weight sbb faktor health. By the way anak dia yg sulung tu pun dh overweight. Kesian kan la anak2 sok kalau budak tu sendiri tak ada awareness, smpai dewasa la overweight
Quote rainbowrainz 10-2-2023 02:54 AM
Sure boleh punya....kena kuat mental lah...lari lari anak dulu kalo x larat..jln kaki dulu pusing taman tt tu seround..lama2 beround2 khuens..pastu buat kardio.. InsyaAllah boleh...go almy go
Quote DeLuna85 10-2-2023 03:03 AM
Walaupun dah gemuk sgt baru nak diet tapi belum terlambat

Lihat semua komen(89)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.056962 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top