CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Cinta Lokasi Itu Mengarut! Tak Rasa Ke Maruah Awak Itu Murah?"-Nabila Huda

9-2-2023 03:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5694| Komen: 76

Alasan cinta lokasi demi mendapatkan keserasian sampai terjerat dengan hubungan terlarang di luar set penggambaran adalah mengarut dan tidak sepatutnya berlaku.

Nabila Huda kata ia akan menjatuhkan maruah seorang wanita apatah lagi kisah peribadi mereka akan menjadi topik perbualan dalam kalangan kaum lelaki.


Foto: IG

"Cinta lokasi itu mengarut! Jangan pernah lakukan perkara itu. Awak akan jumpa pelbagai lagi pasangan lain (dalam drama). Nak berlakon dengan dia sekejap sahaja, selepas itu akan bertukar pasangan lain.

"Awak tak rasa ke maruah awak itu murah? Orang lelaki akan cakap apa kekurangan awak, apa yang awak dah buat. Saya dah lama dalam industri ini, saya ada ramai rakan lelaki dan saya tahu mereka cakap fasal perempuan. Tolong jaga maruah!," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Nabila berkata, tindakan bermain cinta di lokasi hanya akan memakan diri sendiri kerana seorang lelaki tetap akan kembali ke pangkuan isteri apabila mereka sudah jemu.




Atas sebab itu juga, Nabila turut menasihatkan pendatang baharu dalam industri agar tidak sesekali mendekati atau berfikir untuk mencuba kerana ia akan menghancurkan hidup dan karier mereka.

"Kalau rasa benda itu salah jangan buat, buat mereka yang nak mencuba, tolong berhenti. Ia akan menghancurkan hidup awak... nanti awak pula akan patah hati dan kemurungan.

"Sebab lelaki itu milik orang lain, tak kiralah dia kata apa sekali pun, sebenarnya dia menipu sebab dia akan setia dan sayang isterinya kerana itu adalah cinta pertama mereka.



"Untuk lelaki, jangan salahkan perempuan, tak cukup dengan isteri di rumah yang cantik dan menjaga anak dekat rumah.

"Kenapa buka hati itu untuk perempuan lain? Tak baik, kan? Cuba bayangkan kalau isteri buat perkara sama, tentu rasa terluka," jelasnya.


Meskipun terdapat beberapa selebriti yang berjaya membawa kisah cinta lokasi ke jinjang pelamin, namun Nabil berpendapat pelakon muda seharusnya lebih fokus kepada karier berbanding cinta.

"Ada yang berjaya macam Adam Lee dan Sweet Qismina ataupun Datuk Fizz Fairuz serta Datin Almy Nadia, itu cinta suci dan terus berkahwin.

"Tapi untuk budak muda ini, jauh lagi perjalanan, cuba fokus dengan karier anda. Jangan bazirkan masa dengan lelaki, cinta palsu. Bila dah berjaya nanti baru fikir fasal cinta," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote she 9-2-2023 03:44 PM
Periuk mengata cerek bontot hitam

Jangan sebut pasal maruah
Aok punya maruah masa pakai baju nampak spender dulu?
Masa video2 lucah 3gp aok dulu?
Mana maruah aok sebagai anak isteri dan ibu?

Aok sibuk nak menegur orang
Aok jaga dulu anak somi aok
Jangan lupa pegi scalling gigi anak aok tu
Kuning berkarat tebal betul
Quote Fly_over 9-2-2023 03:50 PM
betul je ko sembang tu abil. tp sebut pasal maruah2 ni elakkan la… xsedap dengornya… point lain yg btl tu org x minat nanti org duk ckap pasal maruah ko balik.
Quote freyayong 9-2-2023 03:51 PM
pegi la ckp kat nad zainal n UIA tu.. sama gak cinta lokasi
Quote alesandra 9-2-2023 03:59 PM
Diamlah.ko pun melalui zaman bohsia ko jugak kan.xyah nak cabol sgt molot tu.ko pun ada anak pompuan
Quote tulip-rain 9-2-2023 03:59 PM
Maruah??...
Ape pulak yg rakan2 industri cakap pasal dia ye?
Kalau ade geng dia yg buat hal sesama sendiri, sound jugak tak, ke diam je?
Quote Gorgos 9-2-2023 04:16 PM
she: Periuk mengata cerek bontot hi ...
a says setuju!
Quote Noraniza_Iblis 9-2-2023 04:18 PM
kau xde spe nak..
sbb hitam berkerak x lawo..
Quote AWEKSAMURAI 9-2-2023 04:19 PM
Terlupa ke kisah silam kena tangkap basah kat hotel hahahahaa.. tiberrr sembang pasal maruah..abil ni aku minat btul dlu kedia sbb berlakon selalu menjadi tp lepas dia dh masuk fasa acik2 ni mulut dia x best dh .
Quote OsHiN_hOnEy 9-2-2023 04:19 PM
she and maruah
doesn't goes hand in hand
of all the person
dia asek merempan pasal MARUAH

Quote akuHavocczz 9-2-2023 04:21 PM
Murah tu bukan takat bercinta je cik kak. Yang pakai baju tak cukup kain tu pun murahan jugak.
Quote dudaberhias 9-2-2023 04:22 PM
maruah sape yang murah?
kata diri sendiri ker tu dikkkk...
kemain ko jeles dan sentap sakan dengan yang herlok tuh...
ye la diri sendiri kan kepam walaupun fefeelinnng sawo matang dan cantik...
cuba la sental diri sendiri pakai berus dawai periukkkk dulu baru sembang pasal maruah gittewww... kalau tak jalan juga cuba ke bengkel besi, suruh dorang polish kau pakai grinder dan sander bagi bersih....
Quote jalfa 9-2-2023 04:22 PM
Kalo profile ke bersih tak pe nak menasihat kak...ko punya list kontroversy pon berkajang kajang
Quote PocongTerbang 9-2-2023 04:35 PM
Cinta lokasi ni ok je if dedua single. Fattah-faz,myra-amar,nad-ungku tu pon cinta lokasi jgk,aman2 je dah berumahtangga.Dia yg jadi hal kalau salah sorang dah kawin.Si sean lee pon pernah ckp cinta lokasi ni benda biasa dlm entertainment industry
Quote kakasotong2 9-2-2023 04:40 PM
Sheols innih dulu bukan ke ada kes cinlok jugak dengan Syazwan Zulkifly sampai eksiden terbalik hailak haritu?????????? What are u preaching gurlll
Quote Kurex 9-2-2023 04:49 PM
Asal cerita dia, mesti cerita pasal statement cinta lokasi
Quote mamastoney 9-2-2023 05:01 PM
Edited by mamastoney at 9-2-2023 05:03 PM

Maruah????
1. Kena tangkap basah dgn ex laki
2. Bercoti berdua sampai ke Indonesia dgn NasTeee, ada scene tepi pantai
3. Bercoti berdua dgn laki sekarang dan tayang gambar bercium sampai papanya marah
4. Gossip haruan makan anak waktu belum aktif dlm bidang lakonan
5. Berpakaian tk cukup kain dr dulu hingga sekarang.
6. Spilled tea mak tiri bekas gro, ada anak luar nikah, pernah bersekedudukan tnpa kawen dgn papa sendirik.

Semua ini menjurus kepada peribadi dan kisah sape ekkkkkk.......rsnya org yg buat tu semua ada maruah ke tak????
Quote TomyamPuteh 9-2-2023 05:07 PM
Edited by TomyamPuteh at 9-2-2023 05:08 PM

Dia pun smpai skrg mcm org xde maruah jgk
Quote babelina 9-2-2023 05:20 PM
Tlg la.. cermin diri sendiri dulu.. hrpkn bertahun2 kt industri.. umur meningkat.. tp diri sendiri xde yg berubah..
Quote Belibis 9-2-2023 05:38 PM
Aku anak amy search.ko hado???

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 08:15 AM GMT+8 , Processed in 0.037676 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top