CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ameerul Asyraf Mengaku Berciuman Dengan Wanita Di Kelab Malam "Dah 4 Tahun Kenapa Baru Sebarkan Video Tu?"

9-2-2023 02:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4001| Komen: 31

Ameerul Asyraf Mohammad mengaku video aksi cium dalam kelab malam adalah dirinya.

Namun katanya ia merupakan rakaman lama yang dirakamkan sekitar tahun 2019 dan mempersoalkan kenapakah ada pihak tidak bertanggungjawab mendedahkan aibnya termasuk kepada teman wanitanya dikenali sebagai Eyra Zirah.


Foto: IG

"Lelaki dalam video itu memang saya tetapi ia adalah kisah silam saya. Saya tidak tahu jika ada pihak tidak berpuas hati dengan saya sebab pelik juga kenapa baru sekarang nak sebarkan?" katanya kepada mStar.

Terdahulu, Eyra yang mendakwa dia teman wanita Ameerul mendedahkan video tersebut di laman Tiktok miliknya selain meluahkan rasa kecewa aktor berkenaan bersikap curang terhadapnya.

Ini kerana kata Eyra, dia sentiasa bersama Ameerul pada waktu senang dan susah malah mendakwa aktor itu berjanji mahu mengikat tali pertunangan dengannya tahun ini.




Dalam pada itu, Ameerul tidak menolak video tersebut dihantar sendiri oleh wanita bersamanya dalam rakaman berkenaan kepada Eyra memandangkan tiada siapa memiliki salinan video tersebut.

Jelas Ameerul, dia sendiri tidak pasti motif wanita tersebut bertindak sedemikian apatah lagi selepas empat tahun kejadian itu berlaku.

"Mungkin ini ujian saya sebagai anak seni. Saya tidak tahu kenapa ada pihak perlu sebarkan sekarang selepas empat tahun kejadian itu berlalu.

"Saya juga tak pasti apa dia mahu? Tapi kami masih lagi berkawan. Saya rasa video itu hanya ada padanya. Tak tahulah kalau kawan-kawan dia mempunyai salinan. Tapi saya dapat rasakan dia sendiri yang hantar," katanya.



Sementara itu, Ameerul menjelaskan dia tidak sempat menjelaskan apa-apa kepada Eyra memandangkan wanita itu terlebih dahulu memuat naik video berkenaan di TikTok.

Akuinya, ketika ini pun dia masih belum menghubungi Eyra kerana tidak mahu memburukkan keadaan apatah lagi dia sedar emosi seorang wanita yang sedang marah.

"Saya memang nak terangkan pada Eyra mengenai video ini. Saya faham sekarang mungkin dia sedang marah. Saya tak dapat nak cakap apa-apa dan dia terus upload di TikTok," ujarnya.

Menjelaskan mengenai dakwaan Eyra kononnya mereka mahu mengikat tali pertunangan, Ameerul berkata dia sendiri tidak pasti mengenai perkara tersebut.

Apa paling jelas kata Ameerul, ketika ini dia mahu memberi fokus kepada karier sebagai pelakon selain keluarga dan menyerahkan urusan jodoh kepada takdir.

"Saya dengan Eyra memang berkawan tapi saya tidak tahu kenapa ada kata kami akan bertunang? Saya masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing, kalau ada jodoh InsyaAllah.

"Saya memang rapat dengan dia. Eyra pun ada temani saya ke lokasi (penggambaran) tapi buat masa ini biarlah saya fokus keluarga dan karier. Kewangan pun belum stabil untuk berkahwin," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Hoshhi 9-2-2023 02:46 PM
Tak popular. Takde siapa kisah pasal engko pun lah
Quote Hoshhi 9-2-2023 02:48 PM
Kalo yang buat hal ni dak dak hero remaja tu faham lah kena bagi statement nak betulkan keadaan. Engko tu siapa pun aku tak tau.
Quote mojarean_X 9-2-2023 02:52 PM
Motip masuk isu semasa? Level2 neelofa je layak masuk CI
Quote vanillaninja 9-2-2023 02:55 PM
Sendu begini pun masuk CI?
Quote laksmanabentan 9-2-2023 03:00 PM
sendu yamaaattttt....
Quote SherryZass 9-2-2023 03:02 PM
Kau siapa?
Quote Bawang123 9-2-2023 03:19 PM
To eyra:
Run for your dear life. Gila red flag laki gini.
Dah awek post video kata kau curang pun, kau taknak call explain apa² kat dia dgn niat nak fokus kerjaya? Kau kerja apa yg sampai bizi serupa ceo megah holding bunyinya.
Pendek kata: Who r yus?
Quote putu 9-2-2023 03:20 PM
Who r yusss??? I don't give a damn kau mau kissing sama siapa punnn
Quote dua_chzy 9-2-2023 03:22 PM
Punya tak hensem
Quote dudaberhias 9-2-2023 03:24 PM
takde sape heran pun ko comolot ke melambung sampai pecah syiling kelab malam... sebab teramat sendu dan tak herlok pun untuk acik2 porum herankan...

dah sila kembali terjunam ke dalam lautan ke kerajaan nyi roro kidul...
Quote mamajawie 9-2-2023 03:34 PM
baru pegang watak tunggul dalam drama da buat hal..memang x lama la ko da la who are yuss
Quote duradanis 9-2-2023 03:37 PM
yang tak faham tu kenapa pihak ppuan cakap nk tunang tp yg lelaki nafikan..tinggalkn je dik bf kau tu.. dok kejar2 benda tak pasti..
Quote kisahkeaku 9-2-2023 03:38 PM
siapa ni?anak siapa ni?? (insert suara liana beepbeep)
Quote bulalof 9-2-2023 03:52 PM
so perasan hebat la cenggitu?
Quote mawarkhayalan99 9-2-2023 03:54 PM
ujian anak seni apooooo ko pun sendu dikkkk
Quote akuHavocczz 9-2-2023 03:59 PM
4 tahun ke 10 tahun dulu ke..takde sape kisah bro, the only one yang kesah, kau punya bakal tunang tak jadi tu je.
Quote tobobon 9-2-2023 04:00 PM
ya rabbi...meols baca sekali lalu ingatkan amerul affendi

nasib baca lagi rupanya amerul asyrafff
Quote KamikuP 9-2-2023 04:04 PM
Hoh hahaha ..sori la dekk you is nobody yaach.. ekekek
Quote prince_marhaen 9-2-2023 04:51 PM
..Mungkin ini ujian saya sebagai anak seni...


butooo...kau siapa anat? ni bukan ujian...ni sebab kau memang douchebag kaki celopppp....kaki merempan... lepas tu acah2 hot stuff... walhal whoareyusssssss je punn..

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.094874 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top