Polis akan memperluaskan kawasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang anggota Tentera Darat, Lans Koperal Edrin Daintin, 25. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya mungkin akan bekerjasama dengan pihak berkuasa negara jiran, Indonesia untuk mencari mangsa yang dikhuatiri lemas di perairan Pulau Undan di sini, semalam.
Bagaimanapun, perkara itu akan dibincangkan kemudian memandangkan buat masa ini belum ada keperluan untuk usaha mencari bersama. Katanya, pihak berkuasa juga tidak menolak kemungkinan mangsa dihanyutkan arus sehingga ke perairan Johor. “Buat masa ini belum ada kerjasama dengan rakan dari negara jiran untuk mencari mangsa kerana kita menjangkakan dia masih berada dalam perairan negara. Besar kemungkinan mangsa akan sampai ke perairan jiran, jadi kita akan maklumkan kepada rakan di sana terutamanya para nelayan.
“Kita juga tidak menolak kebarangkalian mangsa hanyut ke perairan Johor sebab sekarang semuanya mungkin terjadi kerana arus yang kuat. Kita berharap mangsa akan ditemui secepat mungkin,” katanya dalam sidang akhbar di Terminal Feri Antarabangsa, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini hari ini. Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, seorang anggota Tentera Darat dipercayai daripada Rejimen Gerak Khas (komando) dikhuatiri lemas ketika sedang menjalani latihan Eksesais Pari Harimau kursus juru selam. Christopher berkata, SAR yang memasuki hari kedua masih belum menemukan sebarang petunjuk baharu. Menurutnya, seramai 14 pegawai dan 110 anggota pelbagai agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terlibat dalam operasi berkenaan. “Persatuan nelayan tempatan juga telah dimaklumkan untuk turut sama membantu mencari mangsa serta menyalurkan maklumat berkaitan kepada pos kawalan di Pulau Besar. Lokasi pencarian dibahagikan kepada tiga zon iaitu bawah air, perairan terbuka dan udara. “Bagi zon bawah air, pasukan skuba ATM, APM dan Bomba telah digerakkan. Arus bawah laut yang kuat serta darjah penglihatan yang terhad menyukarkan operasi pencarian,” katanya. Sumber: UTUSAN |
ifanonline replied at 9-2-2023 09:06 AM
komando pondan?
mrsbob87 replied at 10-2-2023 03:57 AM
ape maksud awak dengan komando pondan?ujian kecergasan nak pergi kursus kemasukkan asas komando pu ...
Friska replied at 10-2-2023 02:40 PM
Semoga segera ketemu
ADVERTISEMENT