Shukri Yahaya bersyukur mempunyai isteri yang memahami kerjaya seninya biarpun cinta lokasi dan kes curang kini hangat diperkatakan. Bergandingan dengan Puteri Sarah Liyana untuk drama bersiri Andai Itu Takdirnya, isteri Shukri iaitu Tya Adnan turut bertanyakan keadaan pelakon itu.
“Benar kisah mengenai Puteri Sarah sedang menjadi bualan hangat pada ketika ini. Namun mujur kerana saya tidak terkena tempias di atas apa yang berlaku. Saya dapat tahu kaum lelaki ramai yang terkesan. “Cuma memandangkan saya sedang berlakon dengan Puteri Sarah, isteri saya cuma bertanya mengenai keadaannya. Bagaimana dia kekal fokus di set di sebalik apa yang berlaku. “Manakala mengenai saya pula, rasanya tidak timbul mengenai cinta lokasi dan sebagainya. Saya gemar menganggu dan mengacau mereka yang berada di set, jadi lebih kepada ‘pak lawak’ atau budak nakal,” katanya.
Shukri sempat berseloroh dengan mengatakan dirinya mungkin lebih dibenci kerana menganggu konsentrasi mereka untuk menjiwai watak. Sumber: Gempak
|
sharlenetexas replied at 9-2-2023 02:11 AM
Ikutkan gosip dulu nyaris dgn tekya.
Sheila1987 replied at 9-2-2023 02:24 AM
Bukan nad zainal ke.
ADVERTISEMENT