Liza Hanim mengenang momen menjejakkan kaki ke salah satu bandar di bumi Turkiye yang dilanda gempa bumi berukuran 7.8 magnitud. Turut bersimpati dengan kejadian itu, Liza memuat naik sekeping foto yang memaparkan dia dan suami berswafoto di lapangan terbang wilayah tersebut. Dalam pada itu, Liza turut menitipkan doa buat semua yang terlibat dalam bencana alam di wilayah yang terbabit. Terdahulu, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengisytiharkan darurat selama tiga bulan di 10 wilayah agar operasi mencari dan menyelamat serta usaha lain dapat dijalankan dengan pantas.
Sumber: Xtra
|
ADVERTISEMENT