CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dari Dulu Lagi Kau Memang Kekwat," Noorkhiriah Bengang Artis Baharu Biadab

8-2-2023 05:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6042| Komen: 70

Noorkhiriah meluahkan mengenai sikap seorang pelakon yang dikatakan tidak hormat kepada pelakon senior.

Menerusi hantaran di IG Story tersebut, Noorkhiriah menyatakan bahawa pelakon tersebut sudah lama bersikap sedemikian.


Jelas Noorkhiriah, dia bukan minta untuk disanjung namun cukup sekadar dengan menunduk tanda hormat kerana dia sendiri tidak akan bersalam dengan lelaki.

Foto: IG

“Akak memang dah tak sefemes kau dik… tapi harus diingat, bumi ini bulat. Mungkin kau baik dengan fan (peminat) tapi kau tak hormat senior.

“Akak jarang nak up benda-benda macam ini tapi cukup sekadar tunduk… tanda hormat, akak pun memang tak salam dengan lelaki jangan risau.

“Dari dulu lagi kau memang kekwat… beza betul pelakon dulu dengan sekarang.

“Adab dan akhlak penting. Akak tak ada kepentingan sebab itu hilang hormat, cuba akak Producer,” luahnya.


Tambah, pelakon drama Nur itu berpendapat bahawa mempunyai adab dan akhlak lebih penting daripada tidak cukup makan kerana ia akan dibawa sampai mati.

“Tak apalah akak maafkan hati akak sendiri, mungkin hati akak jahat fikir macam itu. Biarlah orang buat kita… jangan kita buat orang.

“Kadang-kadang biar tak cukup makan, jangan tak cukup adab. Pengajaran buat akak untuk didik anak-anak jangan jadi macam itu.

“Tak payah hormat sampai sembam muka ke bumi… cukup dengan HORMAT. Zaman ini bukan zaman akak lagi tapi ADAB & AKHLAK akak bawa sampai ke mati,” katanya.

Sekadar info, Noorkhiriah atau nama sebenarnya Noorkhiriah Ahmad Shapie, 45, turut melakukan kerja amal menguruskan jenazah secara percuma bersama suaminya, Azfaizul Ahtan di bawah Pertubuhan Amal Nur By Khiriah sejak dua tahun lalu. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote weezerfan 8-2-2023 05:49 PM
Ahli syurga ajak org ngumpat sekali ke ni
Quote prince_marhaen 8-2-2023 05:55 PM
Terpaling Hijrah
Quote Mulotkoyak 8-2-2023 06:07 PM
Betol la tu dia ckp.... Artis skg kan teruk. Attitude teruk sgt. Slalu ade gosip murahan. Pastu nk viral je. Skali lingkup and terus xfemes.
Quote Pak.dolla 8-2-2023 06:08 PM
Siapa retis baru tu?
Quote telracs 8-2-2023 06:15 PM
Kena csi la pulak..

Dia ada berlakon citer apa bebaru ni?
Berlakon sekali dengan retis tak beradab tu ke?
Atau just terserempak di mana² tapi di hu a yus kan...
Quote asamfish 8-2-2023 06:17 PM
menyampah betul bila org cakap artis baru sekarang tak mcm artis dulu.  masa jaman2 achik yang lebih senior dari dia pun, pernah cakap kat golongan generasi dia mcm ni jugak....hmmm...lepas tu dok anggap diri tu senior....dah mcm kat skolah asrama la plopppppp
Quote Suchi 8-2-2023 06:17 PM
Aihh malas tul nk berteka teki, boleh tak bg tau je lenkali sapa nama sipolan.
Dahla semua retis baru kekwat ingat senang ke nak teka hat mana satu??
Quote asamfish 8-2-2023 06:19 PM
nkau tu membawak imej muslimah...layak ke nkau nak merempan dalam socmed....itu dah jatuh mengumpat berjemaah tu kak!  kalau nkau tu hati soci morni seperti imej muslimah yang nkau bawak tu, boleh tak nkau berterus terang je dgn si polan tu personally....
Quote nena9042 8-2-2023 06:23 PM
Nak tunduk macam orang orang jepun tu ke?   memacam la korang ni. Asalkan orang tu bertegur sapa & friendly, sudah le. Takyah la sampai nak tunduk bagai.
Quote lasagnaklcc 8-2-2023 06:25 PM
Artis baru dah la ramai. Patut tegur je in general... Bkn takde artis lama takde adab.
Quote kotakominami 8-2-2023 07:03 PM
Ingat dia ni dah macam tingglkan hal hal donia....ade lagi ekk
Quote Atata 8-2-2023 07:05 PM
Senior juniour bagai... yehh
Quote cikatilia 8-2-2023 07:55 PM
Tersentap sendiri meroyan sendiri hint2 org x respect dia. Yihhh ko sapa noks
Quote heythere123 8-2-2023 08:17 PM
pelakon lelaki la kan sebab part takleh salam tu. Pastu hint dia femes + rajin layan peminat

Banyak nama iols boleh pitenah ni
Quote sailormars 8-2-2023 09:14 PM
asamfish replied at 8-2-2023 06:17 PM
menyampah betul bila org cakap artis baru sekarang tak mcm artis dulu.  masa jaman2 achik yang leb ...

"ee ko tu darjah 3..hormat sikit orang darjah 5 ey..."

mcm tu ke awak?
Quote sleepandream 8-2-2023 09:55 PM
tiap kali lalu depan ko kene tunduk hormat ke?
letihnyeeeeee
Quote sleepandream 8-2-2023 09:55 PM
tiap kali lalu depan ko kene tunduk hormat ke?
letihnyeeeeee
Quote kepompong 8-2-2023 10:03 PM
aik. ini pon boleh jadi gossip?

nasib baik pelakon junior tu tak gossipkan “pelakon senior yg nampak macam islamik, tapi sombong nak org tunduk kat dia”
Quote bankerpencen 8-2-2023 10:16 PM
Fefeeling budak sekolah ke nak bersenior junior bagai. Relax dah la

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.038344 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top