CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siang Tukang Cuci, Malam Jual Tubuh

8-2-2023 04:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1387| Komen: 11

Jabatan Imigresen Pulau Pinang membongkarkan kegiatan warga asing yang bekerja di syarikat perkhidmatan pembersihan pada siang hari dan menjual tubuh waktu malam.


Kegiatan pelacuran sambilan itu terbongkar selepas sepasukan pegawai dan anggota imigresen menyerbu sebuah pusat hiburan di Jalan Penang di sini, malam tadi.


Serbuan kira-kira jam 11.30 malam itu dilakukan hasil maklumat dan risikan pihak imigresen sejak seminggu lalu.


Seramai enam wanita dan dua lelaki ditahan dalam serbuan tersebut.

Pengarah Imigresen Pulau Pinang, Shah Inor Shahbudin berkata, ketika serbuan kira-kira 20 pelanggan warga asing serta tempatan berada dalam pusat hiburan tersebut.


“Hasil pemeriksaan mendapati lapan warga Indonesia tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan mereka yang ditahan berusia lingkungan 30 hingga 40-an dan terdiri daripada dua lelaki serta enam wanita,” katanya kepada pemberita di sini.

Tambah Shah Inor, serbuan dilakukan susulan risikan pihaknya mendapati wanita warga asing yang datang ke pusat hiburan itu menawarkan perkhidmatan persundalan.


Kesemua tangkapan dibawa ke pejabat imigresen untuk siasatan lanjut.

Jelas beliau, siasatan juga mendapati wanita warga asing itu mempunyai pekerjaan tetap pada waktu siang dan melakukan kegiatan tidak bermoral itu di malam hari.

“Selain itu, kita juga dapati wanita itu akan membawa pelanggannya pulang ke rumah atau lokasi lain bagi perkhidmatan persundalan.

“Bagaimanapun, siasatan berhubung tawaran harga serta modus operandi digunakan untuk mendapatkan pelanggan masih dijalankan,” ujar beliau.

Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke pejabat imigresen untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. 


Sumber: MalaysiaGazette


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 8-2-2023 04:58 PM
yang belakang sekali tu ada demand juga ke?
ke asal boleh je..
Quote kakikuDibibirmu 8-2-2023 05:04 PM
Murah jerwww bang...
Quote Skuau 8-2-2023 05:29 PM
lama friska x mai...'sini' ke dia???
Quote mojarean_X 8-2-2023 05:38 PM
Edited by mojarean_X at 8-2-2023 05:40 PM
Skuau replied at 8-2-2023 05:29 PM
lama friska x mai...'sini' ke dia???


Kan...lama x nmpk @Friska . Sihat ke dia? Rindu pula thread2 kekeluargaan dia tu
Quote noor2 8-2-2023 06:02 PM
Yg gemok baju biru tu pun ..
Quote Selubung 8-2-2023 08:25 PM
Sepatutnya yang datang pun kena hukum gak kalau tak macam mana nak banteras benda ni. Agak2 berapa bayar tuuu
Quote Decaffeinated 8-2-2023 10:31 PM
kita juga dapati wanita itu akan membawa pelanggannya pulang ke rumah

macam bawa balik boifren ja, how?
Quote TOPwind 9-2-2023 02:23 AM
yg kena tangkap ni jenis tak bayar

Fee malam pada yg ada kuasa

tu sbb dikantoikan
Quote Blackrose87 9-2-2023 08:59 AM
Bagus sangat geng ni kena tangkap..
Dah lama pendatang buat kerja mcm ni.
Bukan setakat tukang cuci,, minah kilang dr indon yg ada permit kerja pun dok buat kerja mcm ni. Hari cuti, penuh puak2 indon ni dkt club..
Laki aku kena caras dgn geng2 ni la..
Quote Burong_Hantuk 9-2-2023 11:11 AM
montel yer yg belakang tu
Quote kelapaparut 9-2-2023 11:28 AM
sama mcm menteri keje part time, keje full time sakau duit rakyat

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.068526 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top