Pemilik Kelantan FC menyelar segelintir penyokong Kelantan FC yang bersikap melampau apabila menghantar ugutan bunuh kepada Christian Mangaron Rontini yang merupakan pemain baharu kelab itu.
Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham berkata, sebagai peminat yang bijak mereka sepatutnya menyambut baik kehadiran pemain baru, lebih-lebih lagi Rontini adalah pemain import. “Saya amat terkejut dan kecewa dengan tindakan peminat Kelantan yg menghantar ugutan bunuh kepada pemain baharu Kelantan FC Christian Mangaron Rontini. “Sepatutnya sebagai peminat yang bijaksana haruslah menyambut baik kehadiran pemain baharu-baru, lebih lagi Mr Rontini adalah pemain import yang harus ditujukkan budaya Malaysia yang peramah dan baik. Lebih lagi budaya Masyarakat Kelantan yangg bertatasusila selagi tidak kacau.
“Sekali lagi saya kecewa dengan kenyataan ugutan penyokong ini dan sudah meminta pasukan pengurusan buat satu laporan Polis dan SKMM. Ugutan bukanlah sesuatu perkara main-main!” tulisnya di Facebook. Sumber: UTUSAN ONLINE |
ADVERTISEMENT