Gelagat pelakon Reen Rahim dan suaminya, Hazim Zainal sering menjadi perhatian dalam kalangan peminatnya sejak mereka mendirikan rumah tangga, Disember lalu. Reen juga kerap memuat naik content bersama suaminya menerusi platform TikTok sekaligus menghiburkan pengikutnya.
Terbaharu, Reen telah berkongsi sebuah video mereka yang sedang membuat lip-sync seorang kanak-kanak menangis gara-gara ingin membela khinzir atau babi. Dalam perkongsian tersebut, Hazim kelihatan begitu tenang dan pandai berlakon demi melayan kerenah isterinya, Reen.
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat mereka berdua. -CARI Sumber: XTRA
|
ADVERTISEMENT