CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cubaan Warga Indonesia Seludup Susu Tin, Sosej Daging Dan Telur Dalam Gagal Digagalkan Maqis

8-2-2023 03:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 890| Komen: 2

Cubaan menyeludup masuk pelbagai produk hasilan haiwan dari negara jiran yang disorok dalam pakaian berjaya digagalkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (Maqis), semalam.

Pengarah Maqis Melaka, Nora Dinah Abdul Rahman berkata, perbuatan itu dilakukan 10 individu yang datang dari Dumai serta Bengkalis, Indonesia dan masuk ke negara ini melalui Terminal Feri Antarabangsa, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Melaka di sini.



ANTARA produk hasilan haiwan yang dirampas daripada 10 individu dari Indonesia di ICQS, Kota Laksamana, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

Menurutnya, perbuatan itu terbongkar selepas pegawai bertugas melakukan pemeriksaan ke atas beg pakaian dibawa kesemua individu terbabit.

“Hasil pemeriksaan menemui pelbagai produk hasil ternakan seperti susu tin, sosej daging dan telur. Modus operandi yang digunakan adalah dengan menyembunyikan barang dalam bagasi dan membalutnya dengan kemas untuk mengaburi mata pihak berkuasa.


“Berikutan itu, Maqis dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan cubaan membawa masuk barangan pertanian yang dibawa tanpa sebarang dokumen pengimportan seperti permit import Maqis dan sijil kesihatan veterinar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Nora Dinah, perbuatan mengimport apa-apa jenis keluaran produk haiwan dan hasilan haiwan tanpa permit import Maqis adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) serta boleh dihukum di bawah Seksyen 11 (3) akta sama.

Katanya, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Maqis sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan di pintu masuk bagi menjamin keluaran haiwan dan hasilan haiwan yang masuk ke dalam negara dan mematuhi syarat serta peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan,” ujarnya.


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 8-2-2023 05:25 PM
Yg minyak peket kite jual kt thai mcm mane plk
Quote shernazz 8-2-2023 05:36 PM
Telur indon lagi sedap ke apa?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.026905 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top