CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sebahagian Warga Kota Keluar Rumah 5 Pagi, Tidur Dalam Kereta Sebelum Pejabat Dibuka

8-2-2023 03:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6572| Komen: 120

Bukan sahaja tidak berkesudahan, malah semakin menjadi-jadi. Kesesakan jalan raya mendesak sebahagian warga kota mengamalkan norma baharu dengan keluar rumah seawal pukul 5 pagi dan tidur di dalam kereta di tempat kerja sebelum pejabat dibuka.


Warga kota memilih alternatif itu kerana tidak sanggup lagi menanggung ‘derita’ apabila berada di jalan raya yang sesak terutama selepas pukul 7 pagi, malah mereka tidak boleh lari daripada ke­sesakan biarpun melalui jalan raya utama atau lebuh raya bertol.


Pertambahan kenderaan antara punca kesesakan lalu lintas berlaku terutama pada waktu puncak di Lembah Klang. – GAMBAR HIASAN

Seorang pekerja swasta, Fiqri Azman, 28, berkata, sudah menjadi norma baharu bagi dirinya untuk setiap hari tidur di dalam kereta pada hari bekerja sejak dua bulan lalu.

Katanya, sebaik keluar dari rumahnya di Cyberjaya sebelum pukul 6 pagi ke tempat kerja di Petaling Jaya, pas­tinya akan menempuh kesesakan di Lebuh Raya Maju Expressway (MEX) pada pukul 7 pagi.


“Daripada saya bazirkan masa satu ke dua jam di atas jalan raya, lebih baik saya gunakan masa itu untuk sambung tidur seketika setibanya di tempat kerja, itu lebih berbaloi,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Menurut Fiqri, dia mengetahui tindakan tersebut berisiko tinggi, namun mengambil langkah lebih selamat setiap kali ingin tidur di dalam kereta tersebut.

“Saya akan tutup enjin kereta dan buka sedikit tingkap sebelum tidur dan yang lebih selamat adalah tempat parkir saya dikawal pengawal keselamatan,” ujarnya.

Seorang lagi pekerja swasta, Nurul Ain Natasha, 26, berkata, dia terpaksa berhenti daripada tempat kerja lamanya kerana tidak sanggup tidur di dalam kereta setiap hari di tempat kerja.


Pertambahan kenderaan antara punca kesesakan lalu lintas berlaku terutama pada waktu puncak di Lembah Klang. – GAMBAR HIASAN

Dia yang menetap di Shah Alam berkata, tempat kerjanya lamanya di Petaling Jaya yang tiada parkir membuatkan dirinya berasa tidak selamat kerana perlu parkir di bahu jalan sahaja.

“Saya memang selesa dengan tempat kerja di sana, tetapi peraturan syarikat yang mewajibkan bekerja di pejabat memaksa saya keluar seawal pukul 6 pagi bagi mengelakkan diri daripada tersangkut dalam kesesakan.

“Setelah empat bulan bekerja di syarikat tersebut, saya memi­lih untuk berhenti dan kini lebih selesa di syarikat yang baharu, tidur dalam kereta itu masih dilakukan, tetapi kini tempatnya lebih selamat,” ujarnya.

Sementara itu, seorang pekerja pereka grafik yang ingin dikenali sebagai Ayep, 27, berkata, dianggarkan sekitar lima orang rakan sekerja di syarikatnya juga tidur di dalam kereta.

“Saya menetap di Bukit Jalil dan bekerja di Mont Kiara, jadi laluan yang sentiasa sesak pasti­nya Jalan Klang Lama, Jalan Istana dan Jalan Tuanku Abdul Halim.



“Rata-rata rakan sekerja saya juga memberikan alasan yang sama, semua ingin elak ke­sesakan jalan raya termasuk juga saya,” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan, sebahagian rakyat Malaysia memilih jalan berliku untuk mencari rezeki apabila sanggup menempuh perjalanan sejauh 200 kilometer (km) dan bangun seawal pukul 4.30 pagi sehingga ada yang mengalami sakit tulang belakang ekoran duduk terlalu lama.

Bukan itu sahaja, ada dalam kalangan mereka perlu merentas dua buah negeri untuk sampai ke tempat kerja dan memperuntukkan belanja antara RM800 hingga RM1,200 sebulan hanya untuk perbelanjaan tiket bas, tol, dan petrol.

Rata-rata yang ditemui mengakui mereka perlu berkorban masa dan tenaga untuk mencari rezeki kerana tiada pilihan lain demi rumah tangga dan anak-anak yang masih bersekolah


Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote immi 8-2-2023 03:28 PM
5 tahun pengalaman camni, keluar awal2 demi elak jemm ats faktor rmh luar kl tp nak g masuk keje opis dlm kl. Alhamdulillah thn ni dpt tukar balik opis dgn rmh xsampai 30minit. I tell u, hiway bertol nk masuk kl mmg mcm hell je jemm penat weyhhh... dia punya trafik sgt2 byk
Quote asudau 8-2-2023 03:41 PM
sisi baik keluar sebelum subuh, dapat singgah surau/masjid yang berdekatan dengan office untuk solat subuh berjemaah...gitu...

Quote paz 8-2-2023 03:52 PM
Paz rumah dan opis dekat pun suka pergi keje awal. Sebelum 7 dah tercongok kat opis. Dah biasa.

Tapi tu lah berbeza dengan stuck dalam jam ni penat rasanya. Semoga yang tak ada pilihan tabah lah menghadapi yer.
Quote NazRysha 8-2-2023 03:53 PM
subuh lewat skang
keluar awal leh solat disurau dan tido sat
Quote harkktuih 8-2-2023 03:57 PM
iols ulang alik port klang - setapak dekat 8 tahun..kuar 6.30am smp opis sblm kul 8am..idok la smp kena tido dlm kete...
Quote cmf_almondpecan 8-2-2023 04:01 PM
Bercerita pasal keluar awal tidur dalam kereta ni, teringat ada seorang wanita yang terkorban di Jalan Semantan sebab keretanya jatuh dari tebing tinggi tempat parking belakang area bangunan CIMB. Kalau tak silap, berita lapor beliau mungkin tertekan pedal minyak lalu keretanya menjunam.
Quote sharlenetexas 8-2-2023 04:02 PM
Lebih 10 tahun lepas dah ada yg meninggal kereta terjunam dari parking lot di damansara.

Quote sheetRock 8-2-2023 04:12 PM
huu.... demi mencari rezeki...

kalau da kerja di tgh bdr yg sesak nih...yg duduk dekat pun terasa jem nyer... duduk luar kl pun jem jugak...



Quote pp_gurl 8-2-2023 04:16 PM
hiway duke tu jem gila hanat
pergi dan balik keje sama je jem
especially lps bamboo village tu open..org semua jakun tak penah tgk air agaknya
lalu situ semua slow
kalo ikut google map skrg ni dr mont kiara, takde dia suruh ikut duke dah...suruh ikut jln kuching
Quote Lagubestbest 8-2-2023 04:21 PM
Masa intern gomen dulu pernah kawan ngan sorang pegawai tu tempat kerja ceruk tepi sungai takde jem lah tapi disebabkan dia gumuk dan single, dia selalu datang awal exercise dulu lari2 keliling kawasan or main tennis ketuk dinding belakang office, dekat2 waktu pejabat dia mandi situ masuk office n baca paper dulu setengah jam sebelum g ngopi. Keje gomen kalau yang jenis bukan kat kaunter, nak pekerja tapi bukan hari2 ada kerja.
Quote chandrahusin 8-2-2023 04:22 PM
Mcm kwn ofis aku la ni
Pkl 6 dh smpai ofis
Demi elak jem
Subuh di ofis
Rumah aku ke ofis 15 minit je
Tp hari sekolah keluar awal 6 45 hantar anak sekolah
7 15 dh smpai ofis
Hari anak tak sekolah
1 jam baru smpai
Quote noor2 8-2-2023 04:26 PM
Termasuk la aku.....mmg aku yg paling awal
Quote akuMNdia 8-2-2023 04:29 PM
dah lbh 20 thn kerja & aku lebih suka sampai opis awal kalau boleh sblm pukul 7.
skg ni subuh lewat lagi la awal aku keluar & subuh kat opis.
btw aku pi balik kerja guna public transport.
Quote misc 8-2-2023 04:31 PM
Tak sanggup dah nak hadap jem mcm dulu2. Syukur sekarang sebulan sekali je hadap jem.
Quote white_musk 8-2-2023 04:33 PM
Ramai yang mahu tinggal di rumah LANDED...
apa kelas tinggal rumah persis flat keluasan reban kan
Quote nuralisa 8-2-2023 04:40 PM
sejak ada DASH aku boleh kuar kul 6.40 ke KL ..
kalau tak dulu 6.15 kena kuar.. subuh lambat singgah petronas dulu ...
Quote She-Ra 8-2-2023 04:44 PM
iols yg pengguna public transport pn keluar awal
dlu2 lg la.. berkejaran masa nk dpt naik metro bas, berhimpit pegi balik itu biasa
sekarang, dh ada mrt, tambahan station2 lrt ktm

dulu, ngam2 masuk je waktu subu, terus solat & keluar keluar rumah gelap, balik rumah pun gelap
sekarang tempat kerja dh dkt dan mudah tanpa perlu kejar bas, 7-715am keluar rumah
Quote cikatilia 8-2-2023 04:48 PM
kalau kau naik public transport pon kena keluar 2-3 jam sebelum start keje...
Quote sharlenetexas 8-2-2023 04:49 PM
white_musk replied at 8-2-2023 04:33 PM
Ramai yang mahu tinggal di rumah LANDED...
apa kelas tinggal rumah persis flat keluasan reban kan

Single ok la duk studio apartment.

Lihat semua komen(120)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.079633 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top