CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemuda Maut Rempuh Kereta Tepi Jalan Buat Pusingan U

8-2-2023 03:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1108| Komen: 2

Tindakan sebuah kereta membuat pusingan U di Jalan Long Yunus menyebabkan kematian seorang pemuda selepas motosikal ditunggangnya merempuh kenderaan berkenaan.

Dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, mangsa Muhammad Fawwaz Ab. Razak, 20, maut di lokasi akibat kecederaan di bahagian kepala.


Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y152ZR dari arah sebuah stesen minyak di Jalan Long Yunus di sini.



KEADAAN motosikal milik mangsa yang rosak selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Long Yunus, Kota Bharu, Kelantan semalam-UTUSAN/IHSAN PDRM

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian sebuah kereta jenis Proton Inspira dipandu seorang wanita berusia 23 tahun yang berada di bahu kiri jalan telah memasuki laluan utama untuk membuat pusingan U.


“Situasi itu menyebabkan laluan penunggang motosikal menjadi terhalang. Akibatnya, mangsa gagal mengelak lalu merempuh sisi kanan hadapan kereta itu menyebabkan dia terjatuh dan tidak sedarkan diri. 

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan oleh penolong pegawai perubatan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Rosdi memberitahu, mayat mangsa dibawa ke  Unit Forensik Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini, untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan lanjut masih dilakukan berhubung kemalangan tersebut.


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 8-2-2023 03:17 PM
Jalan tu mmg ada pusingan U ke atau inspira tu mmg buat pusingan.suka hati.dia?
Quote Lagubestbest 11-2-2023 03:57 AM
kelantan banyak jalan takde divider tapi kiri kanan busy giler. so mmg banyak kete keluar masuk cross lane bagai sepanjang2 jalan tu.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.036383 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top